Anak Bukit Penempatan DiRaja

Jika kita melihat kawasan geografi antara Alor Setar ke Anak Bukit ke Bukit Pinang satu keadaan yang kita dapat kaitkan iaitu ketiga-tiga kawasan ini pernah menjadi pusat pemerintahan kesultanan Kedah dahulukala. Malah di Anak Bukit masih kekal menjadi kawasan penempatan kesultanan Kedah.

kubur

Selain itu dipersisir jalan antara Alor Setar ke Anak Bukit kita dapat lihat kawasan-kawasan penempatan kerabat diraja yang masih ada walaupon ada sesetengah kediaman itu sudah usang dan tidak digunakan lagi namun melihat akan rekaan, saiz dan ragam hias kita pasti pemilik rumah ini dari golongan bangsawan.

Di sebalik rumah-rumah kampung dan taman perumahan yang berderet disekitar kawasan ini dan juga disebalik hidangan yang menarik ada tinggalan kisah-kisah dahulukala yang masih meninggalkan kesan dan persoalan, antaranya tentang makam purba ini.

Makam purba ini disebut oleh orang-orang kampung sekitar sebagai makam Tok Aceh. Terdapat empat makam kesemuanya namun satu makam sudah tidak kelihatan tanda nesannya kerana sudah patah. Yang ada cuma timbunan tinggi kawasan makam. Makam purba Tok Aceh ini berada berhampiran Lebuh Raya Darul Aman dan ditempatkan di dalam kawasan perkuburan. Jarak makam ini dengan Istana Anak Bukit kira-kira setengah kilometer sahaja. Menurut seorang pakcik yang menetap berhampiran di kawasan tersebut, dikatakan makam ini sudah lama berada di sini.

kubur02

Melihat akan seni reka nesan ini ianya sekitar abad ke 17 hingga 18 masihi. Dan makam ini terdiri daripada dua orang lelaki dan seorang wanita dan dipercayai sekeluarga. Ini bermakna pemilik makam ini sudah lama bermaustatin di Anak Bukit. Di zaman tersebut kedatangan orang-orang Aceh adalah biasa kerana terdapat pondok-pondok pengajian Agama disekitarnya.

Berkemungkinan pemilik makam ini seorang ulama atau mungkin juga seorang yang berkedudukan dalam kerajaan kerana nesannya antara yang besar dan tinggi di Kedah. Atau mungkin juga kerabat diraja Kedah sendiri. Nesan Aceh tidak semestinya pemilik itu berbangsa melayu Aceh ini kerana nisan Aceh ini seolah-olah menjadi satu perniagaan yang cukup besar dan berkedudukan istimewa kerana hanya dibuat untuk mereka yang berkemampuan atau berdarjat sahaja.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.