Bagaimana Wujudnya Gelaran Siam Perut Hijau Oleh Orang Melayu Kedah Dahulu

Dalam Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah tercatat mengenai kisah satu perang besar ketika pencerobohan Siam ke atas Patani dan Kedah. Daripada pelbagai sumber terdapat seorang panglima perang Patani dalam perang tersebut yang digelar Hulubalang Wa Pa atau Tok Bendang Daya. Tok Bendang Daya mengambil sikap tidak mahu meninggalkan bumi Patani kerana hidup dan matinya hanyalah di bumi itu.

perang

Selagi nafas dikandung badan dan selagi bulan dan matahari terbit pejuang-pejuang negara telah berjanji akan mempertahankan Islam dan negara sehingga ke akhirnya. Dalam merancang beberapa startegi Tok Bendang Raya berlakon menjadi seorang sufi tetapi dalam masa yang sama beliau kembali menghimpunkan saki-baki pejuang-pejuang Islam yang masih ada. Beliau dikatakan sangat hebat dan pernah menyertai perang terhadap pencerobohan Thai.

Walaupun umurnya sudah tua tetapi beliay masih gagah, tangkas dan berwibawa. Selain mampu menyusun taktik pertahanan dan taktik penyerangan, Tok Bendang Daya juga ada ketahanan menghadang pelbagai jenis senjata termasuk peluru meriam yang ada pada zaman itu. Berkali-kali beliau kena tembak dengan meriam, tetapi ada satu keanehan bahawa apa jua jenis peluru menjadi jinak dan lunak kepadanya. Peluru yang sampai kepadanya hanya melekat pada bahagian pakaiannya tidak gugur ke tanah, tidak pula menembusi hingga kepada kulit, apatah lagi masuk hingga ke daging.

siam 2

Peperangan yang berlaku sekitar 1820 Hijrah sehingga 1828 Hijrah adalah tahun Perang Musuh-Bisik 1821. Dimana Syarif Yang DiPertuan Raja Siam Islam Syarif Abu Bakar Syah, anak2 dan kaum kerabatnya diserang hendap dan terbunuh di Istana Kota Meng Kuang oleh puak Thai hasil maklumat Ahmad Tajuddin. Dan pada ketika itu bala tentera perang Siam Islam diketuai oleh Syah Alam Yang Maha Mulia Datuk Panglima Bukit Gantang Syed Alang Alauddin (meninggal 1862 dan diganti Long Jaafar sehingga 1876) menentang raja iaitu Raja Buddha Rama II Chakri Sokho Thai . Maharaja Benua Siam Islam pada waktu itu ialah Sultan Mudzaffar Syah III bersemayam di Istana Kota Serjana , Alur Ganu.

Jadi dapat dilihat apa yang berlaku di Selatan Thai sekarang adalah kelangsungan daripada apa yang berlaku pada tahun 1821, 1876 sehingga 1881 iaitu penghapusan etnik Siam Islam oleh Thai Bukan Islam. Golongan mereka dikatakan sangat zalim dan dari situlah munculnya gelaran siam perut hijau di Kedah. Pada ketika dahulu penduduk kampung sangat takut apabila mendengar akan kedatang Siam ke dalam kampung mereka. Semua penduduk akan duduk diam di dalam rumah dan mengunci pintu.

makan

Katanya siam perut hijau ini akan makan apa sahaja termasuklah manusia. Kiranya mereka ini dalam golongan kanibal. Perasaan takut itu masih terasa kesanya sehingga sekarang. Keganasan Thai kafir pada masa itu sungguh dahsyat sehingga membuatkan penduduk Melayu tidak senang duduk dan nasib ada pejuang-pejuang negara kita yang berani. Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai Siam perut hijau, cubalah tanya kepada orang-orang lama Kedah pasti ada kisahnya.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.