Berjumpa Bunian Dan Buaya Putih Di Tasik Dayang Bunting, Langkawi Kedah

Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang menyimpan pelbagai cerita lagenda di dalamnya. Bukan sahaja keindahan alam semula jadi dan ketenangan yang mampu ditawarkan pada setiap pengunjung, malah pelancong yang bertuah akan dapat menguasai serta menyaksikan sendiri keajaiban yang tersembunyi di pulau ini. Dikatakan sekurang-kurangnya 12 kampung yang dihuni golongan halus mengelilingi kawasan sekitar Pulau Dayang Bunting.

tasik 2

Walaupun ramai yang menganggapnya sekadar mitos tapi apa yang pasti ada saksi yang mendakwa pernah berpeluang melihat sendiri kehadiran bunian berkenaan selain mendengar alunan bacaan al-Quran dan laungan azan yang berkumandang pada waktu malam serta pagi. Terdapat juga cerita daripada kakitangan di situ bahawa dia pernah ditampar dengan tidak semena-mena pada waktu tengah hari ketika sedang bertugas di jeti.

Namun semua itu mereka anggap sebagai gurauan daripada makhluk bunian tersebut dan selagi kami tidak mendatangkan kemarahan kepada mereka gangguan yang dialami tidaklah seserius mana. Selain itu, kehadiran dua ekor buaya yang kononnya menjadi penjaga Tasik Dayang Bunting dikatakan pernah disaksikan sendiri oleh beberapa pelancong yang berkunjung di sini.

tasik

Kakitangan di situ berkata bahawa mereka pernah didatangi pelancong dari Arab yang berlari dalam ketakutan selepas mendakwa terserempak buaya sepanjang kira-kira 3 meter di Tasik Dayang Bunting sebelum tergesa-gesa mahu meninggalkan pulau berkenaan. Terdapat juga cerita yang membabitkan tiga lelaki dari Australia yang mengalami pengalaman yang sama. Kami menyatakan bahawa mungkin itu hanya seekor biawak, namun mereka sekeras-kerasnya menafikannya.

Menurut mitos yang diceritakan oleh orang-orang terdahulu buaya putih memang wujud dan ianya merupakan jelmaan suami dan anak Mambang Sari. Sejauh mana cerita ini tidak dapat dipastikan tetapi bukti yang dialami oleh pelancong menguatkan mitos tersebut. Namun, kakitangan di situ berkata tidak usah bimbang akan kehadiran ‘makhluk’ tersebut kerana selama kita tidak melakukan sebarang perkara yang tidak disenangi oleh ‘penduduk tetap’ di sini, mereka tidak akan mengganggu kita.

buaya putih

Memang ada pantang larangnya di sini tetapi jika pelancong patuh kepada aturan seperti tidak mengambil minuman keras atau membawa makanan berunsurkan ‘daging babi’ ke pulau ini, mereka tidak akan apa-apa. Pernah juga ada pelancong yang akur akan arahan ini. Pelancong tersebut masuk ke pulau ini dalam keadaan mabuk dan akhirnya dia ditemui mati lemas dengan keadaan kepala tersugkur dalam tanah di dalam tasik ini.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.