Biodata Ringkas Almarhum Sultan Badlishah Sultan Kedah Ke-27

Almarhum Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah merupakan Sultan Negeri Kedah Darul Aman yang ke-27. Beliau juga merupakan ayahanda kepada Almarhum Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah. Almarhum Sultan Badlishah diputerakan pada 17 Mac 1894 dan bondanya merupakan isteri ke-4 kepada Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang bernama Nai Sofiah Binti Abdullah.

kahwin

Almarhum Sultan Badlishah juga merupakan anak angkat kepada Raja Siam iaitu King Rama VI. Baginda telah berkahwin pada kali pertama dengan Tunku Sofiah Binti Tunku Mahmud di Balai Besar Alor Setar Kedah iaitu sekitar tahun 1924. Tunku Sofiah merupakan kerabat Diraja Kedah dan cucunda kepada Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah iaitu Sultan Kedah ke-23.

Tunku Sofiah mangkat pada 10 Mac 1934 akibat kemalangan jalan raya di Alor Setar Kedah dan dimakamkan di Makam Diraja Langgar. Hasil daripada pernikahan, mereka telah dikurniakan empat orang putera dan dua orang puteri. Namun dua orang putera telah mangkat semenjak kecil iaitu Tunku Abdul Hamid dan Tunku Mansur, manakala dua orang putera yang masih hidup ialah Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Tunku Abdul Malik serta dua orang puteri iaitu Tunku Hamidah dan Tunku Sakinah.

keluarga

Sultan Badlishah ditabal menjadi Sultan Kedah pada tahun 1943 selepas kemangkatan ayahandanya iaitu Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Sultan Badlishah mengahwini Tengku Asma Binti Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah iaitu Puteri Sultan Terengganu. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan 3 orang putera dan 5 orang puteri iaitu Almarhum Tunku Annuar, Tunku Salehuddin, Tunku Abdul Hamid Thani, Tunku Hosnah, Tunku Bisharah, Tunku Badriatul-Jamal, Tunku Kamliah dan Tunku Nafisah.

sultan abdul halim

Almarhum Sultan Badlishah mangkat pada 13 Julai 1958 di Hospital Besar Alor Setar kerana masalah jantung dan dimakamkan dengan penuh adat istiadat diraja Kedah di Makam Diraja Langgar. Selepas kemangkatan baginda, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah menaiki Takhta kerajaan Negeri Kedah.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.