Cerita Disebalik Nama Pulau Dayang Bunting,Langkawi Kedah

Langkawi dikenali dengan pelbagai mitos dan cerita dongeng yang terdapat di pulau-pulau yang wujud di sekitar Langkawi. Pulau-pulau yang terdapat di Langkawi mempunyai kisah-kisahnya yang tersendiri. Selain daripada mempunyai keindahan alam semulajadi, Langkawi juga terkenal dengan pelbagai mitos yang dipercayai wujud sekitar beberapa ratus tahun yang lalu.Pulau Langkawi menjadi tumpuan para pelancong tidak kira dari dalam mahupun luar negara.

mitos

Pulau Dayang Bunting merupakan sebuah pulau yang kedua terbesar selepas Pulau Langkawi.Pulau ini terletak 20km dari Pulau Langkawi, untuk makluman pembaca setia orangkedah.com.Pulau ini berkisarkan mengenai seorang puteri yang bernama Puteri Mambang sari dan jin yang bernama Mat Teja. Dikatakan Puteri Mambang Sari dan dayang-dayangnya sering pergi bermain-main dan mandi di Pasir Telor Air Tahun. Hendak dijadikan cerita jin Mat Teja ternampak dan terjatuh kasih kepada puteri tersebut semasa mereka bersuka-suka di pantai pasir pulau tersebut. Mat Teja selalu mengikuti Mambang Sari bersama dayang-dayangnya secara senyap semasa hendak mandi di Telok Lawak.

lagenda

Dalam perjalanan Mat Teja pergi mengikuti mambang Sari beliau dipanggil oleh Tuk Diang dan Tuk Diang memberitahu bagaimana cara untuk memikat Mambang Sari. Mat Teja perlu mengambil sebatang buluh dan harus pergi berjalan di pantai laut sewaktu air surut, kemudian beliau harus menadah air mata duyung dengan tabung buluh itu di suatu tempat yang dipanggil Telok Bahar.Setelah dapat air mata duyung, beliau harus membasuh muka dengannya ketika melihat Mambang Sari.Petua ini diturutkan oleh Mat Teja dan akhirnya beliau berjaya memikat Mambang Sari.

Setelah itu mereka akhirnya berkahwin dan tidak berapa lama kemudian Mambang Sari mengandung dan melahirkan seorang cahaya mata. Namun,anaknya meninggal dunia pada usia tujuh hari akibat penyakit misteri. Mambang Sari merasakan bahawa pernikahannya adalah disebabkan oleh tipu helah Mat Teja. Puteri Mambang Sari mengebumikan anaknya di dalam pulau ini dan dia pulang ke kayangan dan tak pernah kembali lagi ke bumi. Sebelum pulang ke kayangan puteri sudah memberikan mantra pada pulau tersebut sebagai penawar untuk pasangan yang belum memiliki keturunan. Daripada kisah inilah wujudnya nama Pulau Dayang Bunting.

dayang

Pengunjung yang datang ke pulau ini juga ada yang pernah ternampak perkara yang aneh-aneh di sekitar pulau ini. Pulau ini kelihatan seperti seorang perempuan yang sedang berbaring dan berbadan dua.Anda dapat melihat situasi ini apabila melihatnya daripada atas dan dari jauh.Jika anda datang ke sini anda juga boleh menikmati panorama indah yang terdapat di pulau ini.Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke Pulau Dayang Bunting.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.