Empat Lelaki Dipercayai Pengikut Syiah Ditahan Di Jitra Kedah

Syiah merupakan satu kumpulan yang membawa ajaran sesat dan boleh menyebabkan kerosakan terhadap akidah orang Islam. Sekarang ini dapat dilihat ramai masyarakat kita yang diam-diam telah terpengaruh dengan ajaran Syiah. Keadaan ini amat membimbangkan kerana boleh mencemarkan maruah agama Islam yang kita amati.

syiah 3

Terbaru sinar harian online ada melaporkan bahawa di kawasan Jitra, Kedah terdapat empat lelaki termasuk dua beradik yang dipercayai pengikut ajaran Syiah telah ditahan di sebuah premis rumah kedai di jitra petang semalam. Menurut Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Agama Negeri Kedah (Jheaik) iaitu Datuk Abdul Rahman Ismail berkata kesemua lelaki yang berusia 22 hingga 40 tahun tersebut telah ditahan oleh sepasukan anggota jabatan berkenaan yang melakukan serbuan di permis itu pada pukul 6.25 petang.

syiah

Hasil daripada pemeriksaan menemukan beberapa barang yang disyaki mengandungi ajaran Syiah yang melanggar fatwa negeri Kedah mengikut Seksyen 9, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014. Antara barang-barang yang dirampas ialah beberapa jenis kitab larangan, baju berwarna hitam bertulis ‘Al-Mahdi is here’, akuan berkanun dan batu karbala yang biasanya digunakan pengikut Syiah untuk tempat meletakkan dahi ketika sujud dalam solat.

syiah 2

Katanya lagi kesemua mereka dan barang rampasan tersebut dibawa ke pejabat Jheaik untuk siasatan lanjut. Kes Syiah ini sudah semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini. Pihak berwajib dan peranan ibu bapa sendiri perlulah dipergiatkan dan ditegaskan supaya anak-anak remaja tidak terjebak dengan gejala yang merunsingkan ini.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.