Jom Cabar Keberanian Anda Dengan White Water Rafting Di Sungai Sedim Kedah

Anda sukakan aktiviti lasak dan penuh cabaran, di siniah tempatnya. Sungai Sedim di Kulim Kedah menjanjikan kenikmatan dan kepuasan yang tidak terhingga kepada sesiapa yang meminati aktiviti sukan air yang lasak. Untuk makluman pembaca setia orangkedah.com, White Water Rafting di Sungai Sedim Kedah merupakan salah satu aktivit sukan air terbaik di Malaysia.

Lokasi Sungai Sedim ini amatlah spesifik, sesiapa yang tidak mahir jalan di kampung mungkin boleh sesat. Rajin-rajinkanlah diri untuk bertanya penduduk di sekitar situ. Sungai Sedim terletak di Kampung Sedim iaitu 33 Kilometer dari bandar Kulim dan tempat ini boleh tahan jauh daripada Lebuhraya PLUS, untuk makluman pembaca setia orangkedah.com.

rafting

Ramai orang cakap aktiviti Water Rafting ini bahaya dan boleh menyebabkan maut kalau tidak kena pada caranya. Namun, sejauh manakah kenyataan ini dan persoalannya betulkah aktiviti Water Rafting ini benar-benar bahaya? Wallahualam. Apa yang pasti jika memakai alat keselamatan yang telah disediakan dengan sebaiknya serta anda juga mahir dalam kawasan air, Inshaa Allah semuanya akan berjalan lancar. Semuanya terserah kepada keinginan anda sendiri, tiada sesiapa yang menghalang dan tiada siapa juga yang memaksa anda melakuknnya.

sungai sedim

Namun, bagi sesiapa yang tidak takutkan semua itu, anda boleh mencubanya di sini kerana dikatakan bahawa Water Rafting di Sungai Sedim Kedah ini merupakan arus terderas di dunia dan telah diiktiraf sebagai jeram terbaik di Malaysia. Kawasan ini juga pernah tersenarai dalam lima lokasi pilihan di Asia Pasifik dan merupakan salah satu tempat penggambaran National Geografi. Oleh sebab itu, Sungai Sedim telah menjadi tumpuan pelancong tidak kira dari dalam mahupun luar negara.

water

Sungai Sedim mempunyai regangan sepanjang 15 kilometer dengan air yang mengalir laju beserta jeram deras yang sangat baik untuk aktiviti rafting. Dikatakan juga Sungai Sedim mempunyai 24 jeram yang mencabar di sepanjang sungai antaranya ialah Salak Drop, Triple Rapid, Kasai Drop, Wall Drop, Lower Head Dam, Kawah Rapid, Jelutong Rapid, Rodeo Rapid, Slip Lip Rapid dan Cyclone Hole. Bayaran yang dikenakan untuk melakukan aktiviti Water Rafting ini hanyalah sebanyak RM150 hingga Rm180 untuk satu kepala.

mandi

tree top walk

Selain aktiviti Water Rafting, terdapat juga aktiviti-aktiviti lain yang menarik seperti Tree Top Walk dan Bermandi manda di sana. Cadangan saya, jika anda meminati aktiviti Water Rafting, di sinilah tempat yang sesuai untuk anda melepaskan gian anda. Jangan lepaskan peluang ini, jom sama-sama mencuba aktiviti lasak ini di Sungai Sedim, Kulim Kedah.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.