Jom Melawat Gua Kelawar Di Langkawi Kedah

Gua merujuk kepada terowong semulajadi yang terbentuk ke dalam bukit atau gunung yang disebabkan oleh hakisan air atau sebagainya. Gua boleh juga terjadi hanya beberapa meter ke dalam atau boleh menjalar sejauh beratus-ratus kilometer dan kadang-kala sehingga tembus ke pintu gua yang lain. Gua biasa kita lihat berada pada bahagian atas tanah, namun terdapat juga gua yang menjalar sehingga ke bawah tanah dan bawah paras air sehingga menyebabkan gua tersebut berisi air.

kelawar

Di Malaysia terdapat banyak sekali gua yang wujud di dalamnya dan gua yang terkenal sekali adalah Gua Niah yang juga merupakan gua terbesar di dunia. Orangkedah.com akan membawa pembaca setia semua ke ruangan Gua Kelawar di Kilim, Langkawi Kedah. Gua ini dikatakan merupakan sebahagian daripada geopark yang dipromosikan dalam kalendar tahun Melawat Malaysia 2007. Berikutan tersebut ramai pengunjung yang telah datang melawat Gua Kelawar pada tahun 2007 dan tahun-tahun seterusnya.

Gua ini terletak di timur laut Pulau Langkawi, Kedah iaitu kira-kira 10 minit menaiki kereta dari Pekan Kuah. Para pelancong boleh datang ke Gua Kelawar dengan menaiki bot dari jeti Tanjung Rhu atau menerusi jambatan yang baru dibina di jeti Sungai Kilim. Lokasinya adalah di kaki bukit di Kilim yang dikelilingi hutan paya bakau dengan pintu gua yang menghadap Sungai Kilim.

stalagtit

Semakin hari semakin ramai pelancong yang datang melawat Gua Kelawar ini. Oleh itu, bagi memudahkan pelancong, kerajaan Negeri Kedah telah membina beberapa titi batu di dalam Gua ini. Jadi para pelancog tidak lagi perlu takut, risau dan tidak perlu menjijak lumpur dan selut paya bakau. Selai itu, di dalam hutan paya bakau terdapat juga titian sepanjang 1000 meter serta dilengkapi dengan lampu pada waktu malam.

bot

Pelbagai bentuk hiasan asli gua batu kapur seperti stalagtit dan stalagmit yang pelbagai bentuk, saiz dan arca indah boleh didapati di dalam gua tersebut. Bagi para peminat geopark mereka boleh melihat pelbagai khazanah alam yang belum begitu terusik sejak jutaan tahun yang lalu. Burung-burung kelawar akan kelihatan tergantung di lelangit gua ditambah pula dengan suasananya yang gelap dan menyeramkan. Namun jangan risau kerana pemandu pelancong akan memberikan sebuah lampu suluh ketika hendak masuk ke dalam gua ini dan sebuah tangga juga turut disediakan untuk naik ke atas bukit.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.