Kedinginan Air Terjun Seri Perigi Di Yan Kedah

Air Terjun Seri Perigi merupakan sebuah destinasi perlancongan yang terbaik di negeri Kedah. Panorama yang menyenangkan hati dan minda akan dapat dinikmati oleh para pengunjung jika datang ke sini. Bagi penduduk di bandar, jika anda mahu lari dari hiruk pikuk kota anda bolehlah datang ke sini serta merasai sendiri kedamaian tempat ini. Air Terjun Seri Perigi ini terletak di dalam daerah Yan di Negeri Kedah Darul Aman.

perigi

Air Terjun Seri Perigi terletak kira-kira 47 kilometer dari bandar raya Alor Setar Kedah. Penduduk dikatakan boleh menaiki kereta sendiri ataupun menggunakan kenderaan awam seperti teksi untuk masuk ke kawasan air terjun tersebut. Menurut penduduk kampung, setiap kali mereka melalui jalan Guar Cempedak menuju ke daerah Yan, pandangan mereka tidak akan terlepas daripada melihat curahan air terjun yang memutih mengalir deras di celahan batu-batu. Jika dipandang lama-lama air terjun tersebut seakan-akan memanggil kita untuk singgah ke sana.

air terjun

Air terjun yang mempunyai ketinggian setinggi 100 meter ini dapat memukau mata sesiapa sahaja yang melihatnya ditambah pula dengan keindahan flora dan fauna yang masih belum terusik. Kawasan ini yang turut berada dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai mampu memberikan kepuasan kepada mereka yang gemarkan alam semula jadi. Turut dikatakan bahawa kawasan ini antara kawasan perlancongan popular di Negeri Kedah.

Pada setiap hujung minggu dan cuti panjang sudah semestinya kawasan ini akan dipenuhi oleh para pengunjung terutamanya penduduk di Negeri Kedah untuk mencari ketenangan. Keindahan sawah padi yang menghijau serta terdapat kawasan tradisional Melayu di sepanjang perjalanan ke kawasan ini dapat memberi tarikan kepada pengunjung selain berlatarbelakangkan keindahan Gunung Jerai.

air terjun

Pada kebiasaannya kawasan ini menjadi tempat perkelahan bagi para pelajar. Mereka dibawa oleh guru-guru mereka bagi menenagkan fikiran serta merehatkan minda yang sudah banyak menerima ilmu. Jika anda datang ke sini anda tidak perlu risau kerana kawasan ini dilengkapi dengan kemudahan awam seperti surau dan tandas bagi memudahkan para pengunjung menyalin pakaian. Menurut para pelajar di sekolah sekitar kawasan ini setelah penat seharian menghadap buku, segar rasanya fikiran mereka apabila badan serta otak yang sarat dengan ilmu dikejutkan dengan kedinginan Air Terjun Seri Perigi.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.