Keunikan Pulau Tuba Di Langkawi Kedah

Ingin bercuti ke Pulau Langkawi tetapi tidak tahu tempat yang menarik untuk dilawati? Apa kata anda melawat ke Pulau Tuba. Pernah dengar mengenai Pulau Tuba? Mungkin ada yang pernah dengar dan ada juga yang tidak tahu langsung mengenai kewujudan Pulau Tuba ini. Apa yang menariknya mengenai Pulau Tuba ini? Nak tahu apa yang menarik jom baca artikel ini.

Jeti

Untuk makluman pembaca setia orangkedah.com, Pulau Tuba ini letaknya bersebelahan dengan Pulau Dayang Bunting di Langkawi. Ramai yang masih tidak tahu akan kewujudan Pulau Tuba ini dan kami pasti jika anda datang ke sini pasti anda akan jatuh cinta akan keistimewaan suasana perkampungan tepi lautnya. Lagipun persekitaran pulau ini masih terpelihara daripada pembangunan serta pelbagai makanan eksotik boleh dinikmati dalam perkampungai di Pulau Tuba. Pengalaman yang sukar untuk dinikmati di Malaysia.

Pulau Tuba ini merupakan sebuah perkampungan kecil yang hanya diduduki oleh lebih kurang 3000 orang sahaja. Keluasan pulau ini pula hanya 20km persegi sahaja dan kebanyakkan penduduk di sini bekerja sebagai nelayan serta petani. Walaupun kawasan ini agak terpencil tetapi Pulau Tuba ini dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, bekalan air bersih, sekolah, klinik dan lain-lain.

feri

Jika anda mengambil feri dari Kuala Perlis ke Jeti Kuah perjalanan tersebut mengambil masa lebih kurang satu jam. Setelah tiba di Jeti Kuah, lebih kurang 100 meter dari situ ada sebuah Jeti Maarble dan dari situ anda hanya perlu menunggu bot yang akan membawa anda ke Pulau Tuba. Perjalanan ke Pulau Tuba hanya mengambil masa lebih kurang 25 minit manakala bot yang ada di situ boleh disewa secara persendirian atau anda perlu menunggu sehingga pemilik bot memenuhi bot dengan penumpang.

lembu

Sesampainya di Pulau Tuba anda akan disajikan dengan permandangan indah di beberapa buah tempat sekitar kawasan tersebut. Misalnya seperti Jeti Teluk Puyuh, Selat Bagan Nyior, Bakar Arang, Tanjung Pandan dan Bukit Licin. Jika anda mahu bersiar-siar menikmati permandangan di sini, anda boleh menyewa motosikal di sini. Terdapat sebuah jeti yang terpanjang di Pulau Tuba dan dikatakan jeti tersebut menjadi tumpuan orang ramai terutamanya para peminat fotografi.

jambatan

Terdapat juga sebuah pekan kecil di sini yang membolehkan anda singgah makan dan berjalan-jalan mencuci mata. Apa yang menariknya adalah anda boleh merasai pengalaman yang tidak mungkin akan ditemui di bandar-bandar besar iaitu dengan melihat hidupan lembu dan kerbau di kawasan padang yang luas serta hijau. Sebuah jambatan disediakan untuk anda ke Pulau Dayang Bunting namun anda perlu juga menaiki bot selepas melalui jambatan tersebut. Kalau anda bernasib baik anda boleh menunjukkan laluan ke Bukit Licin. Menurut kata penduduk permandangan di situ memang sangat-sangat cantik.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.