Keunikan Reka Bentuk Pallet Cafe Sungai Petani Kedah Memikat Hati Pengunjung

Pallet Cafe merupakan salah satu restoran terbaik di Sungai Petani Kedah. Jika anda datang ke sini jangan lupa singgah ke Pallet Cafe. Sekali anda datang ke sini pasti anda akan datang lagi. Restoran ini agak susah untuk dicari kerana panduan ke restoran ini tidak banyak tetapi jika anda bertuah anda akan menjumpainya dengan mudah. Restoran ini terletak di Lagenda Heights.

cafe

Pallet Cafe mempunyai gaya hiasan ala-ala hipster yang mampu memberi rasa tenang dan relaks kepada sesiapa sahaja yang berada di dalamnya. Bagi sesetengah orang reka bentuk di dalam Pallet Cafe menampilkan gaya artistik bercampur dengan sentuhan yang moden.

cafe 2

Jika anda datang ke sini anda akan dapat melihat di bawah tangga adanya menu-menu yang spesial ditulis di atas sebuah mini papan hitam dengan menggunakan kapur. Sungguh cantik dan klasik gayanya. Terdapat juga beberapa lukisan dan gambar-gambar klasik yang terdapat di bahagian dinding-dinding cafe. Bagi sesiapa yang sukakan keunikan dan suasana klasik bolehlah singgah ke sini.

menu

Menu-menu yang ditawarkan juga amat menyelerakan dan pasti akan memikat hati anda semua. Rata-rata pengunjung yang datang ke sini kesemuanya memberikan respon yang positif dan kembali semula apabila mengingati suasana Pallet Cafe ini. Pallet Cafe dikatakan beroperasi daripada pagi sehingga ke malam. Pada waktu malam Pallet Cafe amat sibuk kerana pengunjung tidak putus-putus datang. Jadi pandai-pandailah anda mengatur masa.

art

Selain itu, para pekerjanya pula amat mesra dan sedia membantu. Pallet Cafe menjadi lokasi yang sesuai untuk seisi keluarga dan perjumpaan dengan rakan-rakan. Masakan yang ditawarkan kebanyakkanya adalah menu barat seperti lamb chop, grilled chicken, pasta dan pizza. Jadi apa tunggu lagi moh laa kita ke sini.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.