Kisah Rumah Sewa Di Kuala Kedah

Kes ini dikatakan melibatkan seorang pengawal keselamatan yang bertugas di pejabat pada ketika itu. Menurut pengawal keselamatan tersebut perkara ini sudah mencapai tahap kritikal kerana semakin mengancam keselamatan ahli keluarganya. Kisah ini diambil daripada laman Kedah2u. Kira-kira sebulan yang lalu, dia pernah mengadu bahawa rumah yang disewanya menimbulkan pelbagai masalah pelik terutamanya di bilik tidur utama.

rumah 2

Setiap malam ada sahaja pelbagai bunyi yang akan didengari oleh mereka seperi pintu bilik dicakar dengan kuat, bunyi orang berjalan dan peralatan di dalam rumah juga sering bertukar tempat. Pengawal tersebut tinggal bersama isteri dan seorang anak perempuan berusia 4 hingga 5 tahun. Tugasnya sebagai pengawal keselamatan sering membuatkannya meninggalkan isteri dan anaknya. Keadaan ini merisaukannya. Menurutnya lagi, jiran-jiran di sini ada mengatakan bahawa setiap kali ada yang menyewa di rumah ini pasti tidak akan lama, kerana dikatakan rumah ini ‘berpenghuni’.

Penduduk juga menyatakan bahawa terdapat sepohon pokok di sebelah rumah itu yang sering dijadikan tempat pemujaan sebelum taman itu dibina. Tidak pasti apa yang dipuja kerana perkara ini sudah lama dilakukan dan penduduk pada zaman tersebut ramai yang sudah tiada. Ramai pengamal perubatan yang dipanggil untuk menyelesaikan masalah ini, tetapi ianya tidak pernah berhasil. Pernah beberapa kali ada beberapa orang penduduk yang ternampak lembaga bertenggek di dahan pokok tersebut.

pokok 2

Gangguan semakin keras malah ibu mentuanya telah mengalami gangguan yang paling dahsyat. Pernah ibunya merasakan seakan-akan dicekik oleh ‘penghuni’ tersebut sehingga menyebabkannya sesak nafas. Pada satu hari seorang kawannya telah memberikan beberapa keping kertas yang mempunyai tulisan al-Quran untuk dilekatkan di hadapan dan belakang pintu rumahnya serta di pintu bilik tidur utamanya kerana di situlah gangguan sering berlaku. Namun, kawannya mengingatkan bahawa kertas itu tidak ada apa-apa kuasa tetapi sebagai syarat untuk memohon pertolongan daripada Allah S.W.T.

Alhamdulillah, hampir sebulan ‘penghuni’ tersebut tidak mengganggu mereka. Namun, setelah itu ganguan yang diterima semakin keras selepas dia menerima Ayat Qursi daripada kawannya. Kawannya meminta supaya ditunjukkan di mana rumahnya. Pengawal tersebut hanya memilik sebuah motosikal dan tidak mampu untuk membeli sebuah kereta disebabkan gajinya yang tidak mencukupi. Rasa kesian mula menyelubungi rakannya kerana sudah laa susah, dianiayai tuan rumah pula dan untuk berpindah bukannya mudah kerana kos untuk berpindah juga diperlukan.

pengawal

Setibanya di rumah tersebut, rakannya mula membacakan Al-Fatihah dan Ayat Qursi sebelum turun daripada motosikal. Rakannya juga meminta izin untuk mendirikan dua rakaat solat sunat hajat dan membacakan Surah Al-Fatihah dan Ayat Qursi dengan kiraan tertentu pada air tersebut. Air itu diberikan kepadanya untuk diminum dan mandi. Segelas air pula direnjiskan disekeliling rumah sambil membaca Surah Al-Fatihah dan Ayat Qursi serta berdoa agar Allah memberikan perlindungan kepada mereka. Alhamdulillah selepas itu, mereka tidak lagi diganggu oleh ‘penghuni’ rumah itu lagi. Segala-galanya adalah dengan kehendak Allah, Dia Yang Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.