Kisah Sultan Muhiyuddin Mansor Syah Atau Boromokot Di Ayuthia Di Pulau Langkawi Kedah

Pulau Langkawi memang terkenal dengan tempat yang menyimpan seribu satu kisah sejarah bangsa Melayu hari ini. Namun kali ini bukan bukan Mahsuri yang dicari tetapi sebuah makam yang penuh bersejarah yang dinamakan makam purba. Makam yang cicari ialah makan Sultan Muhiyuddin Mansur Syah ibni Sultan Mahmud Syah yang membina Istana Bandar di jugra dan kemudiannya baginda bersemayam di Kota Palas, Ulu Melaka, Pulau Langkawi sekitar tahun 1668.

Makam ini difahamkan telah dilabelkan sebagai makan purba, terbiar tanpa pagar dan penyelenggaraan yang sepatutnya dan apa yang lebih mengaibkan apabila ianya dikatakan sebagai makam seorang perempuan. Tahukah kita mengapa Ulu Melaka terletak di Pulau Langkawi dan hilirnya terletak di Bandar Hilir, Melaka? Makam ini ditimbus dari penglihatan sewaktu serangan tentera Thai dan Siam ke atas Pulau Langkawi oleh para pengikut baginda supaya makam ini tidak dimusnahkan oleh tentera Thai.

Bagindalah yang dikatakan berkahwin dengan Puteri Hang Li Po. Makam Puteri Hang Li Po terletak di sebelah makam baginda namun makam tersebut telah dicabut batu nisannya. Dibawah kerajaan Benua Islam Siam, baginda Sultan Muhiyuddin Mansur Syah dikenali sebagai Boromokot. Setelah kemangkatan baginda dalam tahun 1758 barulah Alaungphaya dari Sukuthai berani menyerang kerajaan Islam Toung Oo Burma iaitu dari jajahan Kerajaan Ayuthia Islam yang diperintah oleh Mahadammayaza.

sultan mansur

Baginda Mahadammayaza adalah anakanda kepada Sultan Muhiyuddin Mansor Syah. Baginda kembali ke Ayuthia dan dikenali sebagai Boromoraja Ekataat V. Alaungphaya pula menyerang Ayuthia dalam tahun 1767 dan baginda kembali ke Kedah dan menetap di istana Kota Meang Kuang (nagara Luas). Di Kedah baginda dikenali dengan nama sebenar baginda iaitu Syarif Yang Di Pertuan yang Maha Mulia. Walau pun 3 nama yang berbeza tapi orangnya tetap sama mengikut wasiat yang telah diperturunkan kepada TNL Kasim.

Mengenai makam Sultan Muhiyuddin Mansur Syah di Kota Palas ini, walaupun warisnya telah memberikan kenyataan mengenai makam tersebut tetapi ianya tetap tidak dihiraukan dan masih lagi dilabelkan sebagai makam purba. Batu nisan baginda sama reka bentuknya dengan batu nisan Sharif Yang Di Pertuan yang Maha Mulia di Kampung Tualang, Kedah. Lihatlah persamaan kedua-dua batu nesan Acheh ini, diatas makam Sultan Muhiyuddin Mansor Syah (Boromokot) terletak di Ulu Melaka Pulau Langkawi dan dibawah batu nesan anakanda baginda Syarif Yang Di Pertuan (Boromoraja V) di Kg Tualang Kedah.

batu nisan 2

batu nisan

Jika sejarah kita sudah ada bukti bertulis maka kepentingan siapa yang kita jaga sehinggakan warisan sejarah bangsa Melayu hari ini menjadi kabur dan tidak pasti. Kita tidak perlu lagi menunggu 136 tahun sebelum Makara Naga Laut di istana Raja Merong Mahawangsa dijumpai semula di Sungai Mas. Sejarah kita penuh dengan konspirasi dan fantasi penjajah dan ianya harus diceritakan berdasarkan kebenaran Realiti Sejarah.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.