Kuih Hasil Tangan Banduan Penjara Pokok Sena, Kedah Dijual Kepada Masyarakat

Pada tahun lalu seramai 30 orang banduan Penjara Pokok Sena Kedah berganding bahu menyiapkan tempahan kuih muih sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan sekaligus telah mencapai sasaran hasil jualan melebihi RM350,000. Pengarah Penjara Negeri Kedah iaitu Ahmad Fauzi Awang berkata Penjara Pokok Sena adalah penjara yang berjaya mengeluarkan hasil produkiviti yang paling banyak dan turut mendapat tempahan daripada pelbagai pihak.

kuih

Sasaran yang dibuat adalah berdasarkan rekod tahun lalu apabila Penjara Pokok Sena telah menerima tempahan bernilai RM300,000. Katanya lgi, tempahan yang dibuka pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu membabitkan 27 jenis kuih muih termasuk tiga ciptaan baharu yang sering menjadi pilihan tempahan pelanggan.

Tiga jenis kuih baharu yang menjadi pilihan pelanggan ialah biskut shandong, biskut velvet merah dan kuih kapal terbang. Selain itu, pelbagai jenis kek turut ditawarkan seperti kek keju, kek lapis asam, kek oreo dan kek buah. Ahmad fauzi turut mengatakan bahawa pihaknya sangat mengalu-alukan pelanggan untuk membeli secara pukal kerana label tidak akan diletakkan supaya kuih muih mudah untuk dijual.

kek

Katanya lagi pelanggan juga boleh membuat tempahan awal seminggu sebelum tarikh hari raya. Jika tempahan dibuat awal harga akan menjadi lebih murah antara 25 hingga 35 peratus berbanding harga pasaran. Banduan di sini diberi kemahiran vokasional supaya masa mereka terisi dengan perkara-perkara yang berfaedah di samping membantu menjana pendapatan.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.