Lokasi Pemujaan Di Puncak Bukit Choras, Yan Kedah

Puncak Bukit Choras merupakan sebuah lokasi tinggalan sejarah yang tertua dijumpai di Malaysia. Puncak ini terletak di Kampung Bukit Besar, Kota Sarang Semut Kedah Darul Aman dan di tebing sebelah selatan terdapat sebuah Sungai Sala, untuk makluman pembaca setia orangkedah.com. Bagi masyarakat yang suka mencari gali bekas-bekas tinggalan sejarah pada zaman dahulu, bolehlah datang ke sini untuk melihat sendiri tempat asal kawasan bersejarah ini.

candi 2

Menurut sumber daripada penduduk di sekitar kawasan tersebut terdapat sebuah Istana Sultan di Puncak Bukit Choras. Sultan yang dipercayai menetap di situ ialah Sultan Syed Ali Wa Maulana Jamalul Alam Badrul Munir. Sultan Syed Ali merupakan Raja di Acheh pada tahun 222 hijrah bersamaan 812 Masihi seperti yang tercatat dalam Hikayat Merong Mahawangsa dan Undang-Undang Kedah, Transliterasi Teks Penyelenggara Mariyam Salim, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur tahun 2005.

Beliau merupakan keturunan Merong Mahawangsa dan meneruskan pemerintahan keturunannya di Kedah. Semasa Siam yang beragama Buddha menakluk Kedah semua benda yang berkaitan dengan Sultan Kedah dimusnahkan termasuklah Istana Sultan Syed Ali sendiri. Buku mengenai Hikayat Merong Mahawangsa juga telah dibakar oleh penjajah Thai kerana dikhuatiri kisah sebenar sejarah diketahui umum.

candi

Terdapat sebuah bangunan di Puncak Bukit Choras iaitu berhala yang berbentuk kubah. Berhala tersebut dipercayai sebuah stupa yang berkaitan dengan pemujaan agama Buddha. Banyak kesan-kesan tinggalan sejarah yang berkaitan dengan agama hindu Buddha. Berhala-berhala dan kesan-kesan pemujaan juga banyak didapati di puncak ini. Keadaan ini menunjukkan sebelum kedatangan islam, pegangan dan kepercayaan penduduk mengenai agama Buddha amat kuat sekali.

Penemuan paling ketara yang berkaitan pegangan agama Buddha oleh masyarakat di Puncak Bukit Cheras dahulu ialah Candi. Penemuan ini merupakan penemuan yang paling bernilai kerana dikatakan candi tersebut wujud seawal 5 Masihi lagi. Candi ini diperbuat daripada batu laterit dan batu lumpur. Terdapat juga beberapa tinggalan sejarah yang lain seperti batu bersurat tulisan Pallava, pecahan seramik dan besi serta terdapat dua buah kolam yang digali berbentuk segi empat bujur.

papan

Kesemua bukti-bukti tinggalan sejarah lama yang dijumpai disimpan dan dijaga oleh Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Jika anda pergi ke kawasan Puncak Bukit Choras, anda hanya mampu melihat bekas-bekas tapak lama sahaja. Jika keinginan anda membuak-buak untuk melihat artifak ini bolehlah pergi melawatnya di Muzium Arkeologi di Lembah Bujang.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.