Misteri Kuburan Lama Di Dalam Tasik Pedu, Kedah

Tasik Pedu atau dahulunya dikenali dengan nama Kolam Air Pedu merupakan saliran bagi Sungai Pedu yang disalurkan untuk menampung bekalan air bersih kepada penduduk di negeri Kedah. Tasik Pedu terletak lebih kurang 90 kilometer dari Bandaraya Alor Setar Kedah. Tasik Pedu merupakan tempat tumpuan pelancong untuk melakukan aktiviti memancing, jet ski dan menaiki bot. Namun, disebalik keindahan tasik ini, terdapat beberapa cerita misteri mengenai kewujudannya.

tasik

Rahsia terbesar di Tasik Pedu telah terbongkar sekitar Ogos tahun 2005 dan menyebabkan ramai pihak terkejut dengan berita tersebut. Rahsia tersebut dikatakan telah terbongkar apabila berlakunya kemarau panjang yang melanda negeri di utara tanah air. Apabila air empangan mulai susut, kawasan tersebut dilihat seperti sebuah perkampungan lama. Fenomena yang menimpa tasik berkenaan dilihat oleh sekumpulan pemancing yang memasuki kawasan tasik tersebut ketika hari kian gelap. Mereka secara tidak sengaja telah menjumpai ratusan kubur lama dan batu nisan yang masih teguh berdiri.

Menurut kumpulan pemancing itu lagi, sebaik sahaja selesai memancing mereka sedang mencari tempat untuk memasak makan malam. Seorang daripada mereka sedang mencari batu untuk dijadikan pelapik memasak dan berasa hairan apabila menemui banyak batu di kawasan tersebut. Kesemua mereka amat terkejut apabila mendapati kawasan tempat mereka berehat adalah sebuah kawasan perkuburan usang. Suasana seram menyelubungi mereka pada ketika itu. Kawasan perkuburan tersebut dipercayai berusia lebih 200 tahun, untuk pembaca setia orangkedah.com.

kubur

Selepas itu, sejarah kawasan Tasik Pedu mula dirungkai dan setelah dikaji, difahamkan kawasan tersebut pernah menjadi penempatan penduduk dan wujud beberapa buah kampung di sekitar situ. Kawasan tersebut pernah menjadi laluan orang Islam Pattani Thailand yang ingin menunaikan ibadah haji untuk ke Pulau Pinang. Dari Pulau Pinang mereka akan menaiki kapal laut ke Makkah. Keadaan ini menyebabkan kawasan tersebut menjadi tumpuan lima beradik untuk diterokai. Lima beradik tersebut adalah Pedu, Gube, Laso, Labo dan Gulau.

mayat

Dipercayai kesemua penempatan yang ada di sekitar kawasan tersebut dinamai dengan nama mereka. Namun, kawasan sekitar Pedu, Labo dan Laso mula ditinggalkan apabila menjadi sasaran komunis. Tidak lama selepas itu penempatan tersebut mula menjadi usang dan ditenggelami air. Maka air tersebut dipercayai digunakan untuk membekalkan air ke kawasan sawah sekitar Kedah.

Selain itu, tempat ini juga dikatakan telah berlakunya kejadian-kejadian aneh dan misteri disebabkan dijadikan tempat pembuanagn bangsa jin. Dikatakan jin tersebut ada kaitan dengan kerajaan Siam dan pembuanagn jin dari kerajaan Siam memang cukup banyak di situ. Menurut penduduk di sekitar kawasan Tasik Pedu dahulu ada pihak Siam yang mengambil kerja untuk mengutip balak tenggelam di Pedu. Sama ada benar atau tidak bahawa mereka hendak mengutip balak ataupun hendak mencari harta karun tidak dapat dipastikan. Namun, usaha mereka tidak lama apabila berlaku satu peristiwa. Katanya semasa menjalankan operasinya di dalam air, mereka telah bertembung dengan seekor ikan besar yang sangat mengerikan rupanya seperti jembalang air. Keadaan ini menyebabkan mereka cabut lari dan membatalkan operasi yang dilakukan.

filem

Terdapat juga beberapa buah filem seram yang hendak diterbitkan dan mereka meminta kebenaran untuk meneroka kawasan tasik Pedu, tetapi dilarang oleh penduduk kerana dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya benda yang tak terduga. Hasilnya lahirlah filem seperti Congkak, dan Jalan Pandang Belakang. Tasik Pedu ada ceritanya yang tersendiri, sesiapa yang ingin datang ke sini boleh sahaja datang tetapi kena sentiasa bersikap baik dan berhati-hati dalam setiap tindakan yang ingin dilakukan.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.