Pengalaman 39 Tahun Hidup Dalam Tirai Besi, Alor Setar Kedah

Perkhabaran gembira diterima oleh seorang banduan daripada penjara Alor Setar. Saat mendapat perkhabaran bahawa dirinya dibebaskan daripada penjara yang selama ini dijatuhkan hukuman sepanjang hayat dan enam sebatan telah pengsan kerana terkejut. Zakaria Man, 61 tahun berkata bahawa dia tidak menyangka akan dibebaskan pada 17 Januari 2016 tahun lalu kerana beberapa permohonan rayuannya sebelum ini telah ditolak.

zakaria

Encik Zakaria dikatakan sudah 39 tahun menjadi penghuni penjara dan permohonanya baru diterima oleh Jemaah Pengampunan Kedah pada Januari tahun lalu. Katanya dia sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana doa saya selama ini elah dimakbulkan dan terima kasih kepada pihak berkuasa berkenaan kerana membebaskannya bagi memberi peluang kepadanya untuk menjalani kehidupan baru selepas meringkuk sekian lama di dalam penjara.

Mengimbas peristiwa hitam yang lalu, Zakaria atau lebih senang dipanggil Pak Ya telah ditangkap oleh pihak berkuasa pada 1977 ketika berusia 21 tahun kerana kesalahan merompak kilang padi di Air Hitam dengan bersenjatakan pistol bersama rakan-rakannya. Menurutnya kehidupannya yang tidak mempunyai pendidikan sejak kecil menyebabkan dia terdedah kepada aktiviti tidak sihat sehingga terbabit dalam kegiatan mencuri secara kecil-kecilan di sekitar pekan Alor Setar.

Pada masa itu, hidupnya tidak tentu arah apatah lagi tidak mempunyai pendidikan agama serta buta huruf hanya sekadar tahu mengira wang sahaja. Maka dia pon membuat keputusan untuk merompak supaya boleh hidup senang sehingga dijatuhi penjara sepanjang hayat pada 1980 oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah. Masa awal-awal dia masuk tinggal di dalam penjara, rasa macam nak bunuh diri sahaja sebab terlalu tertekan dan tidak dapat menjalani kehidupan seperti orang di luar, siang malam hanya menatap tembok dan sel besi sahaja. Keseluruhan kehidupan remajanya telah dilalui di tembok batu itu dan tidak seperti remaja lain yang mengharungi pelbagai keseronokan bersama keluarga serta rakan-rakan mereka.

Namun, berkat semangat daripada keluarganya membuatkannya mampu untuk bertahan di dalam penjara. Alhamdulillah kerana sepanjang berada di dalam penjara dia banyak didedahkan dengan ilmu keagamaan sehingga mampu untuk membaca al-Quran dan mempelajari fardhu ain. Sebelum ini beliau tidak pernah mengenal Allah SWT apatah lagi tentang akidah. Zakaria menyifatkan bahawa perjalanan hidupnya di penjara mempunyai banyak hikamah sehingga kini dia mampu menguasai al-Quran dan mendalami pendidikan agama berbanding pada zaman remajanya dahulu.

pengampunan

Kepulangannya disambut oleh ahli keluarganya dengan mengadakan majlis kenduri kesyukuran. Katanya pengalamannya yang lalu diharap akan menjadi pengajaran bagi meneruskan kehidupan pada masa akan datang. Zakaria juga sedia untuk berkongsi pengalaman yang dilalui bersama masyarakat terutamanya kepada golongan remaja supaya mereka tidak terlajak meneruskan kehidupan yang berakhir di tirai besi nanti. Bagi Zakaria dia hanya menggunakan senjata api dalam usia yang sangat muda dan tidak memikirkan kesan yang akan dihadapinya. Bagaimanapun dia sangat beruntung kerana telah diberikan pengampunan setelah sekian lama.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.