Pingat Palsu, Kerabat Diraja Kedah Tidak Terlibat

Petikan daripada utusan online mengatakan bahawa tiada dalam kalangan kerabat diraja Kedah terlibat dalam penipuan penganugerahan pingat palsu yang dibongkar oleh polis Kedah. Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah berkata pihaknya bagaimanapun melahirkan rasa kesal dengan kes seumpama itu. Hal ini jelas mendatangkan imej buruk kepada keluarga serta kerabat diraja.

sultan kedah

Dalam pada itu beliau sangat berharap agar pihak berkuasa bertindak tegas tanpa ada sebarang kompromi terhadap sesiapa yang melakukan pingat palsu tersebut. Apa-apa pun dalam kes ini tiada dalam kalangan kerabat diraja Kedah terlibat. Masyarakat juga perlu sentiasa beringat bahawa tiada siapa pun termasuk para kerabat diraja yang layak menganugerahkan pingat kebesaran kepada mana-mana individu selain daripada Sultan sendiri.

Menurut Setiausaha Sulit Sultan Kedah iaitu Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata perkara ini bukan kali pertama berlaku di Kedah. Pada sebelum ini juga ada penipuan yang sama berlaku di Sungai Petani Kedah. Namun, ianya telah diselesaikan apabila tindakan tegas telah diambil dengan melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Laporan akhbar ada mengatakan bahawa orang kenamaan (VIP) yang dijemput oleh Pasukan Keselamatan Rakyat Setia Berjasa Sukarelawan Malaysia untuk menyampaikan anugerah tersebut dipercayai adalah daripada kalangan kerabat diraja dari sebuah negeri di utara semenanjung.

pingat palsu

Dikatakan bahawa pingat tersebut dipercayai dikurniakan kepada 95 penerima terdiri daripada ahli perniagaan dan para pesara kerajaan yang berusia antara 30-an hingga 60-an yang telah membuat bayaran berjumlah sebanyak RM5000 setiap seorang. Sungguh dahsyat sikap manusia sekarang ini apabila sanggup membeli sesuatu untuk meraih pandangan masyarakat terhadap mereka.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.