Sambungan Kisah Pengkhianatan Tunku Yaakub Terhadap Negeri Kedah

Kisah mengenai pengkhianatan Tunku Yaakub yang berketurunan diRaja merupakan satu peristiwa yang sukar dilupakan oleh kerabat diRaja. Cerita mengenai Tunku Yaakub bermula selepas kemangkatan Sultan Kedah yang ke-20 iaitu Sultan Mukarram Shah (1778-1797). Selepas kemangkatan baginda takhta negeri Kedah dipangku oleh Tunku Dhiauddin disebabkan oleh anakandanya Sultan Abdullah iaitu Tunku Pangeran masih lagi kecil pada waktu itu.

siam

Menjelang tahun 1803, takhta Negeri Kedah telah diserahkan kembali kepada waris yang sebenar iaitu Tunku Pangeran yang digelar sebagai Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II manakala Tunku Dhiauddin pula diberi tugas untuk mentadbir wilayah Perlis sehingga beliau mangkat pada tahun 1813. Selepas kemangkatan Tunku Dhiauddin, Tunku Yaakub memohon kepada Sultan Kedah untuk menjadi Pentadbir Perlis tetapi ditolak dan kemudian Sultan melantik Tunku Sulaiman yang merupakan adik beradik Tunku Yaakub dan Sutan sendiri untuk menjadi Pentadbir Perlis.

Tunku Yaakub berasa sangat kecewa dan sejak daripada itu beliau mula berpaling tadah dengan menyebarkan fitnah kepada pihak Thai dengan menyatakan bahawa abangnya telah tunduk kepada pihak Inggeris. Maka bermulalah permusuhan di antara Kedah dan Thailand dengan timbulnya isu pada sekitar tahun 1821 apabila Kedah enggan menghantar ufti bunga emas kepada kerajaan Thailand. Keadaan ini menyebabkan Raja Thai mengarahkan para tenteranya untuk menyerang Kedah kerana merasakan Kedah sudah mula berpaling tadah.

makam diraja

Pertempuran tersebut akhirnya dimenangi oleh pihak Thai dan mereka telah Berjaya menguasai Kedah. Pada waktu itu Sultan Kedah terpaksa berundur ke Pulau Pinang dan seterusnya ke Melaka. Tidak berapa lama kemudian serangan balas daripada pihak Kedah terhadap tentera Thai dilakukan namun ianya dihalang oleh pihak Inggeris. Akibatnya Siam Berjaya menawan Kedah dengan sepenuhnya.

Malang beribu kali malang bagi pihak Tunku Yaakub apabila permohonanya untuk menjadi Sultan Kedah ditolak oleh Raja Thai. Malah Raja Thai telah membunuh dengan kejam sekali Tunku Yaakub dan anaknya Tunku Sulaiman di Kota Setar di pinggir makam nenek moyang mereka. Kedah telah ditadbir oleh Siam melalui Ligor.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.