Sejarah Kewujudan Padang Tok Sheikh Di Gunung Jerai Kedah

Sultan Muzaffar Shah merupakan Sultan Kedah yang pertama memeluk agama Islam iaitu sekitar tahun 1136 Masihi. Pada ketika itu Sultan Muzaffar Shah merupakan Raja yang ke-9 di Kedah atau dikenali sebagai Kalaha dan bernama Maharaja Derbar Raja sebelum memeluk Islam. Untuk pengetahuan pembaca setia orangkedah.com orang yang berusaha mengislamkan baginda ialah seorang pendeta Arab iaitu Sheikh Abdullah yang datang dari Tanah Arab.

padang

Sheikh Abdullah datang ke Kedah sekitar tahun 1135 Masihi bersama-sama beberapa orang sahabatnya dengan melalui laluan laut. Beliau telah menjelaskan kepada Baginda bahawa betapa indah dan sempurnya agama Islam serta sering memberi nasihat di atas jalan agama Islam. Maka dengan hidayah yang diturunkan oleh Allah S.W.T, baginda serta para menterinya telah beriman di jalan Allah S.W.T dengan menukar namanya dan menamakan negeri baginda kepada Kedah Darul Aman.

Baginda sangat tertarik akan keikhlasan dan kesopanan yang ada dalam diri Sheikh Abdullah dan telah melantik beliau menjadi penasihat peribadi baginda. Atas keterujaan terhadap agama Islam, Sultan Muzaffar pernah bertanyakan kepada Sheikh Abdullah bahawa di Tanah Arab apakah yang paling mulia di sana. Sheikh Abdullah mengatakan selain daripada masjid, benda yang paling mulia ialah menara iaitu tempat untuk melaksanakan azan dan memuji nama Allah serta Rasul.

menara

Oleh itu, baginda telah menitahkan para pegawainya supaya membina sebuah menara di tempat yang tinggi serta berdekatan dengannya. Sheikh Abdullah mengutarakan cadangan supaya tapak menara tersebut dibina di kemuncak Gunung Jerai. Katanya lagi, menara itu bukan sahaja dibina untuk dijadikan tempat azan tetapi juga sebagai satu tempat bagi memperingati pertukaran nama baginda serta nama negeri Kedah. Cadangan ini diperkenankan oleh Sultan Muzaffar Shah.

Selepas diperkenankan oleh Sultan kerja-kerja membina menara tersebut dilaksanakan. Para pekerja bersama-sama berkumpul di Puncak Gunung Jerai dan mula mendirikan menara tersebut di bawah penjagaan Sheikh Abdullah, untuk makluman pembaca setia orangkedah.com. Namun, apabila menara yang hendak dibina itu telah hampir siap, Sheikh Abdullah telah jatuh sakit dan meninggal dunia tidak lama kemudian.

tempat kumpul

Ketika akhir nafasnya Sheikh Abdullah telah mewasiatkan supaya mayat beliau harus dikebumikan di tanah rata berhampiran dengan menara tersebut. Wasiat itu telah dilaksanakan dengan baik oleh Sultan dan para menterinya. Sehingga hari ini tanah rata di Puncak Gunung Jerai dipanggil dengan panggilan Padang Tok Sheikh sempena mengambil nama Sheikh Abdulah.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.