Sejarah Terusan Wan Mat Saman di Kedah

Terusan merupakan laluan air buatan manusia yang selalunya disambungkan dengan tasik, sungai, atau laut. Terdapat dua jenis terusan iaitu terusan untuk tujuan pertanian( mengalirkan air ke tanaman) dan terusan untuk tujuan pengangkutan air. Terusan yang terpanjang di Malaysia adalah terusan Wan Mat Saman iaitu terusan jenis pertanian. Terusan Wan Mat Saman dibina pada 13 Ogos 1885 yang mempunyai kepanjangan sebanyak 36 km,untuk makluman anda pembaca setia orangkedah.com. Pembinaan terusan ini juga adalah untuk mengairi kawasan sawah padi di Kedah.

Wan Mat Saman ialah anak kepada Wan Ismail. Nama penuh beliau ialah Wan Muhammad Saman Bin Wan Ismail. Beliau dilahirkan di Alor Janggus pada tahun 1830-an.Beliau mendapat pendidikan asas mengenai agama islam dan turut diajar mengaji al-Quran.Ideanya mengenai pembinaan terusan sepanjang 22 batu bermula di Alor Setar hingga ke kaki Gunung Jerai telah menyebabkan beliau dikenali sebagai Tokoh Pembangunan di negeri Kedah. Setelah beberapa tahun memerintah Kedah, beliau akhirnya menghembuskan nafasnya pada 14 Disember 1898 dan dikebumikan di Makam Diraja Langgar.

Terusan Wan Mat Saman dibina dengan menggunakan tenaga kerja daripada masyarakat di Kedah. Demi menjayakan terusan ini Wan Mat Saman memaksa semua penduduk kampung di Kedah supaya melaksanakan tugas-tugas menggali dan mengorek terusan tersebut. Kuasanya sebagai ketua pemerintah di negeri Kedah pada ketika itu telah menyebabkan penduduk terpaksa akur dengan arahannya. Setiap penduduk diberikan jadual untuk bertugas. Sesiapa sahaja penduduk kampung yang didapati ponteng ataupun tidak mahu melaksanakan kerja-kerja pembinaan terusan akan dikenakan hukumun dengan hukuman yang seberat-beratnya.

batu

Rakyat telah dikerahkan melaksanakan tugas-tugas menggali dengan menggunakan alat-alat tradisional seperti cop,cam, cangkul dan parang. Malah orang-orang tua juga diberikan tugas iaitu mereka perlu membekalkan makanan kepada pekerja-pekerja yang menggali terusan tersebut. Terdapat tiga peringkat dalam pembinaan terusan Wan Mat Saman, iaitu dari hujung Sungai Pengkalan Kundur ke Kota Sarang Semut.Lubuk Katong terdapat sebuah kawasan yang boleh mengawal air supaya kedudukannya tidak berubah apabila berlakunya musim tengkujuh atau kemarau. Sekarang Lubok Katong dikenali sebagai Tandop.Peringkat kedua pula bermula di Kota Sarang Semut sehingga ke kaki Gunung Jerai dan akhirnya iaitu peringkat ketiga mereka menyambungkan terusan di tandop dengan Sungai Kedah di Alor Star.

terusan dahulu

Wan Mat Saman menghadapi pelbagai masalah dalam usaha beliau membina terusan tersebut. Bermula daripada penyakit yang menyerang para pekerjanya iaitu penyakit demam malaria dan perselisihan dengan pekerja-pekerja daripada cina yang dibawa masuk kerana kekurangan tenaga kerja. Namun, masalah ini tidak menghalang beliau dalam usaha menjayakan ideanya. Setelah 10 tahun lamanya, akhirnya terusan ini telah siap sepenuhnya dengan mengorbankan banyak wang dan nyawa manusia.Nama terusan ini diberikan sempena nama Wan Mat Saman kerana mengenangkan jasa beliau terhadap pembangunan di Negeri Kedah.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.