Tapak Tamadun Terawal dan Tertua di Asia Tenggara Terletak di Kedah Darul Aman

Sebagai warga Kedah perlu berbangga apabila Kompleks Arkeologi Sungai Batu, Lembah Bujang telah diiktiraf dan diisytiharkan secara rasminya sebagai tapak tamadun terawal dan tertua di Asia Tenggara. Untuk pengetahuan, Kompleks tersebut merupakan sebahagian daripada Tamadun Kedah Tua.

Arkeologi

Sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Kosmo bertarikh 24.Mei.2016, acara bersejarah itu diabadikan melalui penyerahan plak pengistiharan oleh pakar arkelogi daripada Universiti Oxford, Profesor Stephen Oppenheimer kepada Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global di Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Mokhtar Saidin. Pengiktirafan tersebut juga diperakui oleh lima pakar arkeologi yang mewakili lima tamadun utama dunia iaitu Mesopotamia, Indus, Mesoamerica, China dan Greek-Rom dengan menandatangi plak tersebut. Kajian para pakar mengesahkan Tapak Arkeologi Sungai Batu, Lembah Bujang berusia lebih 2000 tahun dan ianya jauh lebih tua berbanding Angkor Wat di Kemboja dan Candi Borobudur di Indonesia.

Angkor Wat dibina pada kurun ke-12, berusia 900 tahun manakala Candi Borobudur pula dibina pada kurun ke-9, berusia 1200 tahun. Menurut Profesor Datuk Dr. Mokhtar Saidin, pengistiharan tersebut akan membantu melancarkan usaha untuk mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ke arah menjadikan Kompleks Sejarah Sungai Batu sebagai Tapak Warisan Dunia.

batu

Sebelum ini Kerajaan Funan yang kini terletak di Vietnam dianggap sebagai dianggap sebagai Kerajaan Tertua di Asia Tenggara. Malah Kementerian Pendidikan Malaysia juga menerima pakai fakta tersebut sebagai mana yang dicatat di dalam buku teks sejarah tingkatan satu. Namun, hasil penyelidikan para pakar hari ini mendapati Kerajaan Kedah Tua adalah kerajaan tertua dan terawal di Asia Tenggara. Kedah Tua yang tersohor dengan Hikayat Merong Mahawangsa turut terkenal dengan Candi Lembah Bujang dan Gunung Jerai.

Jika Gunung Jerai berfungsi sebagai panduan para pedagang, candi pula berfungsi sebagai rumah ibadat penganut agama Hindu dan Budha. Ada perbezaan antara candi milik penganut agama Hindu dengan Budha sebagaimana menurut Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Zuliskandar Ramli sebagaimana yang dilaporkan menerusi akhbar Berita Harian bertarikh 24.Mei.2016, untuk membezakannya ialah antaranya dengan melihat kedudukan pintu utama. Candi Hindu biasanya terletak di bahagian timur, dan candi Budha pula selalunya mempunyai stupa dan pintunya terletak di bahagian utara.

Kedah penuh dengan sejarah. Nanti kita cuba lagi untuk mengorek sejarah-sejarah yang berada di Kedah Darul Aman.

Adioss!!

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.