Terhapusnya Ufti Bunga Emas Dari Kerajaan Kedah Terhadap Siam

Kedah merupakan salah satu negeri yang menjadi rebutan kuasa-kuasa besar suatu ketika dahulu. Dikatakan bahawa Kedah merupakan negeri jajahan Siam yang paling lama dan kerajaan negeri Kedah terpaksa meghantar Bunga Emas kepada kerajaan Siam pada setiap tahun bermula dari tahun 1781 selain dari negeri Terengganu.

siam

Pada sekitar tahun 1786, Sultan Kedah iaitu Raja Abdullah telah menawarkan Pulau Pinang kepada kerajaan British. Setelah berita ini sampai kepada kerajaan Siam, Siam menjadi marah kerana Sultan Kedah memberikan Pulau Pinang kepada British tanpa kebenaran daripada pihak Siam. Hal ini kerana Pulau Pinang merupakan salah satu kawasan di bawah takluknya. Namun, Sultan kedah meneruskan juga niatnya itu kerana khuatir akan nasib kerajaan Kedah akan menjadi seperti Pattani yang telah dihapuskan oleh Siam.

Namun, ada juga pendapat yang mengatakan bahawa pengiriman Bunga Emas kepada Siam hanyalah sebagai tanda persahabatan di antara kedua-dua kerajaan dan tidak sama sekali akan menghakis Kesultanan Kedah. Selain itu, pada abad ke-18 juga tercetusnya peperangan antara Kerajaan Siam dan Burma. Selepas peperangan itu berlaku Kerajaan Siam dilihat semakin lemah dan keadaan ini menyebabkan Kerajaan Kedah sudah tidak menghantar lagi Bunga Emas kepada Siam.

perang

Pada awal abad ke-19, Kerajaan Siam muncul semula dan pada ketika itu kekuatan mereka semakin kuat serta berjaya menjajah Kedah, Kelantan dan Terengganu yang disebut sebagai Negeri-Negeri Utara. Kisah pengakhiran penaklukan Siam terhadap Kedah bermula apabila Raja Ligor mangkat sekitar tahun 1840. Setahun selepas kematian Raja Ligor, Sultan Ahmad Tajuddin menghantar anaknya Tunku Anum ke Bangkok untuk memujuk Raja Siam ketika itu iaitu Raja Rama III untuk mengembalikan kedaulatan negeri Kedah serta memerdekakan Kedah. Cadangan ini mendapat maklum balas daripada pihak British.

raja rama III

Setelah pelbagai cara dilakukan oleh Tunku Anum akhirnya Raja Rama III bersetuju mengembalikan takhta Kerajaan Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin tetapi negeri Perlis tidak lagi menjadi sebahagian daripada Kedah seperti sebelumnya. Maka berakhirlah penaklukan Siam terhadap Kedah namun selepas itu pihak British pula mengambil alih kerajaan Kedah.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.