Terkini Bangunan Unimap Terbakar!

Terkini di Arau Perlis bangunan pentadbiran Malaysia Perlis (Unimap) terbabit dalam satu kebakaran kira-kira jam 7.15 petang tadi. Menurut laporan daripada sinar harian online, Naib Canselor Unimap iaitu Datuk Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata kejadian berkenaan disedari pengawal keselamatan yang berada berhampiran dengan kawasan berkenaan.

unimap

Menurutnya pengawal terbabit kemudiannya segera naik ke tingkat tiga bangunan berkenaan untuk membuat pemeriksaan lanjut. Sebaik sahaja pengawal tersebut tiba di tingkat atas, dia ternampak asap tebal dan dia segera membuat panggilan bomba untuk meminta bantuan. Menurutnya lagi kebakaran kecil ini berlaku di tingkat tiga yang menempatkan pusat kerjasama industri.

Pada masa sekarang pihak forensi masih menyiasat punca kebakaran dan mereka akan menyelesaikannya pada malam ini juga. Nasib menyebelahi mereka kerana kejadian tersebut berlaku selepas tamatnya waktu pejabat, jadi memang tidak ada orang di dalam pejabat tersebut pada ketika itu.

terbakar

Sementara itu, Komander Operasi iaitu Pegawai Bomba Mohd Firdaus Yusof berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 7.27 petang. Setibanya di lokasi kelihatan 70 peratus kepulan asap telah memenuhi ruang pejabat. Pihak bomba kemudiannya memecahkan siling bagi mengenal pasti punca asap tebal di ruang pejabat berkenaan.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.