TESKO Mergong Kedah Dikatakan Kawasan Panas!!!

Assalamualaikum semua, kali ini saya ingin menceritakan mengenai kawasan agak panas dan berhantu di sekitar Tesko Mergong, Kedah. Menurut cerita daripada para penduduk, ramai orang yang telah mengalami perkara yang pelik-pelik ketika berada dalam kawasan tersebut. Benar atau tidak cerita yang disampaikan tidak dapat dipastikan kesahihannya, cuma orang yang merasainya sahaja yang tahu cerita disebalik kejadian yang berlaku, untuk makluman pembaca setia orangkedah.com.

tesko mergongg

Tahukah anda bahawa terdapat dua buah kubur di tepi Pasaraya TESKO Mergong? Kubur tersebut katanya tidak dapat dipastikan dan disahkan milik siapa. Misteri kewujudan kubur tersebut menjadi tanda tanya terhadap sesiapa yang melihatnya, tambah-tambah lagi penduduk di sekitar Pasaraya TESKO tersebut. Untuk pembaca setia orangkedah.com ramai juga pengunjung yang tidak tahu akan kewujudan kubur tersebut disebabkan kawasan kubur tersebut dipagar dengan zink yang agak tinggi disekelilingnya.

Ada cerita yang mengatakan bahawa setiap kali kanak-kanak kecil memasuki kawasan ini mereka akan menangis dan puncanya tidak tahu kenapa. Bak kata orang tua-tua budak-budak adalah insan yang suci dan tidak mempunyai dosa serta mereka boleh lihat benda yang tidak boleh dilihat oleh orang dewasa. Atau mungkin juga kanak-kanak tersebut menangis disebabkan oleh hal-hal lain. Wallahualam.

lembaga

Selain itu, menurut beberapa orang pekerja yang sudah lama bekerja di Pasaraya TESKO Mergong tersebut, dikatakan bahawa mereka pernah melihat bayangan lembaga bewarna hitam sedang bertenggek di atas dahan pokok berhampiran dengan kedua-dua buah kubur tersebut apabila pulang lewat pada waktu malam. Namun kejadian tersebut sudah menjadi kebiasaan dan menurut mereka lagi setakat hari ini tiada kejadian tragis dilaporkan berlaku dalam kawasan TESKO Mergong teresbut.

POKOK Besarr

Selain itu, ada juga pekerja yang mengadu bahawa mereka sering tercium bau yang wangi dengan disertai perasaan seram sejuk serta secara tiba-tiba bulu roma mereka akan mencacak naik ketika melalui kawasan kubur tersebut. Gangguan yang berlaku itu dianggap perkara yang biasa dalam kehidupan kerana dimana-mana sahaja terdapat benda tersebut dan mungkin juga mereka juga terfikir-fikir akan momokan orang ramai terhadap kubur tersebut. Sehingga ke hari ini kubur tersebut masih belum dapat dirungkaikan dan alhamdulillah dikatakan bahawa tiada sebarang kes yang dipertikaikan mengenai kedua-dua buah kubur tersebut. Persoalannya adakah anda pernah mengalami pengalaman pelik ketika lalu di kawasan tersebut? Jika ada, kongsikanlah bersama-sama kami.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.