Ada Apa Dengan Peristiwa Memali 19 November 1985 Di Baling Kedah

Peristiwa Memali yang berlaku pada 19 November 1985 telah mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka semua ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis ini Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya telah terbunuh dan polis memanggil operasi ini sebagai ‘Operasi Angkara/Operasi Hapus’.

memali 2

Difahamkan peristiwa ini berlaku ketika Datuk Seri Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Peristiwa ini berlaku di Kampung Memali yang terletak di Mukim Siong, Baling Kedah iaitu berhampiran dengan sempadan Kedah-Thailand. Hampir keseluruhan penduduknya berketurunan Melayu dan mempunyai kaitan dengan Siam/Pattani serta aktiviti ekonomi mereka tertumpu kepada menoreh getah dan bersawah.

Pada jam 1935 iaitu bertempat di Kem Pasukan Polis Hutan (PPH) Sungai Petani Kedah dianggarkan seramai 3600 kekuatan pasukan polis daripada pelbagai bahagian termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) Pulau Pinang dari Senoi Prak dan Komando 69 telah bersiap sedia untuk mengikut arah dan kebanyakkan mereka bukan beragama Islam. Dato’ Yahya Yeop dari Pegawai Tinggi Bukit Aman telah mengetuai Ops Hapus ini dengan bantuan beberapa pegawai dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Satu arahan dikeluarkan untuk menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling.

Sedikit kekecohan berlaku antara pegawai Kem Sungai Petani dengan pegawai dari Bukit Aman di bilik operasi Sg. Petani Kedah disebabkan arahan tersebut kerana setahu mereka tidak wujud sebarang komunis di daerah Baling. Namun menurut mereka arahan tersebut adalah palsu kerana tempat sasaran mereka ialah Ustaz Ibrahim Libya dan madrasahnya. Pegawai PPH Sg. Petani Kedah telah menjelaskan bahawa Ustaz Ibrahim Libya adalah seorang ulamak yang disegani dan ramai anggota mereka yang mengikuti pengajiannya. Namun walau apa pon yang diucapkan ianya hanya mencurah air di daun keladi kerana Ops Hapus tersebut tetap diteruskan.

polis

Selepas daripada itu, satu majlis keraian diadakan di Kem PPH dan minuman keras sengaja dihidangkan kepada para anggota keselamatan. Risikan telah berjaya memasuki kawasan Memali dan mereka memberikan segala maklumat berkaitan Ustaz Ibrahim Libya kepada Dato’ Razali Yeop. Pada ketika itu Ustaz Ibrahim Libya sedang menyampaikan kuliyyah untuk lebih kurang 50 orang yang biasanya berlanjutan sehingga pukul 11.45 malam.

Arahan terakhir diterima untuk menyerang kem tersebut namun dibantah oleh anggota tentera di situ kerana 90% anggota tentera menyokong gerakan Islam dan Ops Hapus ini kembali dipertikaikan. Namun, arahan tersebut perlu dilaksanakan juga walaupun terpaksa menyerang seluruh negeri Kedah. Seorang pemuda yang melihat sekumpulan polis yang terlalu ramai di Pekan Baling telah memaklumkan hal ini kepada Ustaz Ibrahim Libya. Mereka disuruh untuk bersiap sedia untuk mempertahankan diri. Ustaz Ibrahim Libya juga bertegas bahawa beliau tidak akan menyerah kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ustaz kemudiannya mengarahkan semua yang ada di situ untuk berwudhu di sebuah telaga yang berhampiran untuk menunaikan solat sunat, solat hajat dan membaca Yassin. Beliau juga menyatakan bahawa beliau lebih rela mati syahid daripada menyerah diri kepada ISA yang menahan orang tanpa memberi peluang kepada mereka untuk dibicarakan di mahkamah. Sekiranya penahanannya di bawah akta lain beliau akan menyerah diri tetapi mestilah dibicarakan di mahkamah.

anggota

Pada sekitar jam 0300 seluruh Kampung Memali telah dikepung dan semua jalan keluar masuk telah ditutup. Sekitar jam 0336 Dato’ Yahya Yeop telah bercakap melalui megafon dan meminta supaya Ustaz Ibrahim menyerah diri. Namun, Ustaz Ibrahim Libya telah berbincang dengan murid-muridnya dan mereka berpakat untuk tidak keluar menyerah mati serta sanngup untuk mati syahid. Sekumpulan orang kampung datang untuk memberikan sokongan kepada Ustaz Ibrahim Libya dan pada masa yang sama komando 69 yang mabuk telah melepaskan tembakan secara rambang. Namun sasarannya tersasar mengenai seorang pegawai kanan, seorang pegawai rendah dan seorang konstabel PPH manakala orang-orang kampung tadi berpatah balik kerana ketakutan.

Azan subuh berkumandang dari rumah Ustaz Ibrahim dan laungan azan itu menjentik hati para anggota polis dari Alor Setar tetapi seorang pegawai berbangsa India datang dari Bukit Aman mengarahkan serangan dimulakan. Namun arahan tersebut ditentang oleh orang-orang bawahannya yang beragama Islam. Selesai sahaja solat subuh orang kampung mula muncul dan menyerbu ke rumah Ustaz Ibrahim sambil melaungkan takbir. Melihatkan akan hal tersebut pegawai PPH mengarahkan anggotanya berundur.

Pada jam 1105 komando 69 mengarahkan menyerang rumah Ustaz Ibrahim Libya dan polis telah melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata. Keadaan itu dihadapi dengan kain basah dan menutup muka dengan guni basah serta ada juga yang mengunyah daun-daun kayu setelah membaca sesuatu ayat. Penduduk kampung berjaya menangani serangan tersebut tetapi seorang kanak-kanak telah pengsan dan mulutnya berbuih-buih. Keadaan tersebut menimbulkan kemarahan salah seorang pengikut Ustaz Ibrahim kerana menyangka kanak-kanak tersebut telah mati. Dia keluar dengan parang utuk menyerang polis, dan semasa itu beliau dihujani dengan peluru oleh pihak polis. Maka gugurlah beliau sebagai Syuhada pertama Memali.

memali 1

Dato’ Yahya Yeop mengarahkan mereka untuk berunding dan Pak Teh yang berada di situ telah keluar dengan beraninya. Soalnya mengapa perlu berbincang sedang sudah ada orang kampung yang mati syahid. Pegawai tersebut terdiam dan setelah itu beliau berkata bahawa pihaknya ingin menangkap empat orang penjenayah yang ada di situ. Lantas Pak Teh mempelawanya masuk untuk melihat sendiri penjenayah tersebut tetapi pegawai tersebut kelihatan tidak berminat dan sedang memikirkan sesuatu.

Namun disebabkan sedikit salah faham akhirnya Pak Teh dihujani dengan tembakan oleh anggota Polis. Komando 69 terus menyerbu masuk sambil memuntahkan peluru. Tembakan terus dilakukan walaupun ketika itu mereka tidak memgang senjata. Ketika serangan menggila itu berlaku selama setengah jam hujan mula turun renyai-renyai sebelum terus lebat selepas selesai membuat serangan. Hanya laungan takbir yang bergema sehingga nyawa mereka telah tiada. Semua yang ditangkap telah ditutup kepala mereka dengan karung guni dan beberapa anggota komando kelihatan menendang tubuh yang terkujur untuk memastikan mereka telah mati atau tidak sambil berkata pergi jahanam dengan Islam.

mayat

Setelah selesai semuanya sekitar 30 anggota tentera dari Rejimen Askar Melayu Ditaja (RAMD) tiba di hadapan rumah Ustaz Ibrahim Libya dan berlakukan pertelagahan anggota polis dengan ketua pasukan tentera tersebut yang berpangkat Kapten. Mereka menyuruh agar anggota polis yang ramai bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan bertempur dengan pihak tentera. Lantas berkata ‘Hari ini hari kamu! Kamu boleh lakukan apa yang kamu mahu. Tapi ingat, akan tiba satu hari nanti kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara!’.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.