Asal Usul Dan Sejarah Lambang Negeri Kedah

Ada maklumat yang diceritakan secara lisan memberitahu bahawa makna perkataan Kedah dalam bahasa Melayu Siam ialah berasal dari perkataan KEDAT. Perkataan KEDAT yang diceritakan ini adalah membawa maksud Kertas atau Watikah.

Untuk makluman anda pembaca setia orangkedah.com, dalam bahasa Thai pula ianya disebut sebagai Kradat. Watikah ini ialah satu amanat yang dibawa oleh Merong Mahawangsa ke Nusantara. Setelah Maharaja Empayar Islam China Dinasti Tang Maharaja Sai Tee Song pada tahun 650M memeluk Islam, baginda telah mengarahkan cucunya iaitu Sultan Muzaffar Shah Merong Mahawangsa untuk membuka kerajaan di Nusantara.

Dalam penulisan sekarang, kononnya pertakaan Kedah berasal daripada perkataan Mangkuk Padi. Cubaan British untuk menukar nama Kedah (Watikah) kepada Kedah (Mangkuk Padi) sebenarnya bermula pada zaman Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwaz bin al-Adilin Muadzam Shah lagi.

Asal Usul Dan Sejarah Lambang Negeri Kedah

Hal ini adalah sepertimana pihak British telah menukar nama Bandar Hilir Kota Portugis kepada nama Melaka padahal nama Melaka itu sebenarnya ialah Semenanjung Malaysia hari ini. Lantas selepas itu, Paduka Serisultan terus mencipta mata wangnya yang tersendiri dengan menulis Kedah (mangkuk padi).

Semua ini sebenarnya adalah dibawah kelolaan dan arahan dari Kapten Francis Light yang mana pada masa itu selalu beliau seringkali buat rondaan dari pelabuhan Culcutta sehingga ke Kepulauan Andaman dan Pulau Puket untuk mencari kelemahan kerajaan negeri Kedah.

Sehingga satu ketika, mereka dapat mengesan yang Kota Star pada masa itu dibawah jagaan Paduka Seri Sultan Perdana Menteri Kedah Muhammad Jiwaz. Pihak British berjaya menghasut Paduka Seri Sultan ini dengan mengatur rancangan mengatakan bahawa beliau juga layak menjadi Raja Melayu di Nusantara.

Pada tahun 1920 sewaktu zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid yang mana pada waktu itu negeri Kedah berada di bawah pengaruh British, negeri Kedah telah mula mencipta benderanya yang tersendiri. Hal ini ada ditulis dalam buku Lindungan Bulan muka surat 22 keluaran sempena hari Konvensyen Sejarah Kedah 28 November 1981 hingga 2 Disember 1981.

Pada tahun 1982 dengan takdir Allah S.W.T, seorang penduduk kampung di Mukim Padang Mat Sirat, Pulau Langkawi telah menemui beratus-ratus keping wang syiling keluaran empayar kerajaan Kedah Tua beratus-ratus tahun dahulu.

Asal Usul Dan Sejarah Lambang Negeri Kedah

Penemuan ini adalah penemuan yang penting dalam sejarah negeri Kedah dan negara Malaysia kerana kerana bukan hanya sekeping dua ditemui malah dalam sebuah botol yang dibuat daripada tanah masih lagi berada dalam keadaaan yang baik.

Asal Usul Dan Sejarah Lambang Negeri Kedah

Untuk makluman anda pembaca setia orangkedah.com, paparan permukaan wang syiling yang dijumpai itu dibuat daripada perak campuran tembaga dengan jelas menunjukkan tertulisnya negeri Kedah dan dipermukaan belakangnya tercatat nama Muhammad Shah.

Keadaan wang syiling itu agak kekuning-kuningan dan berukuran kira-kira 15 mm dan berat puratanya ialah 1.9 gram. Hal ini menunjukkan ejaan perkataan Kedah adalah berlainan dengan ejaan pada hari ini. Jadi, hal ini membuktikan bahawa Kedah bukanlah sebuah negeri pada satu ketika dahulu yang mana sebuah negeri tidak boleh mencetak duit sesuka hati dan memerlukan izin daripada pemerintah negaranya dahulu. Hanya sebuah negara yang besar sahaja boleh disegi undang-undang mencetak matawangnya sendiri.

Asal Usul Dan Sejarah Lambang Negeri Kedah

Jangan anda tidak tahu bahawa lambang negeri Kedah yang asal dikatakan telah ditukar sewaktu dibawah pengaruh British daripada lambang bunga teratai kepada sebuah perisai tentera yang dicatat di dalamnya dengan perkataan Negeri Kedah.

Kredit : kedahcybersyburi

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.