Asal Usul Kewujudan Awal Alor Setar Kedah

Alor Setar atau juga dikenali sebagai Alor Star merupakan ibu negeri bagi Kedah. Alor Setar adalah cantuman kata Alor dan Setar. Setar merupakan nama sepohon pokok setar yang apabila masak buahnya akan berwarna kuning kemerahan, rasanya masam-masam manis dan saiznya besar sedikit daripada buah rumbia. Alor Setar telah ditubuhkan pada tahun 1735 dan merupakan pusat pentadbiran ke-8 negeri sejak Kesultanan Kedah pada tahun 1136. Untuk makluman pembaca setia orangkedah.com, bandar ini telah diruntuhkan sebanyak dua kali oleh pihak Bugis sekitar tahun 1770 dan Siam pada tahun 1821.

kampung

Menurut penduduk di sekitar sini, Alor Setar mula-mula dijumpai dan diasaskan oleh seorang Raja Melayu iaitu Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah II sekitar tahun 1710 sehingga 1778. Pada awalnya kawasan Alor Setar hanyalah sebuah perkampungan yang dihiasi dengan beberapa buah rumah yang terletak di muara dua batang sungai. Setibanya Sultan Muhammad Jiwa di kampung ini, baginda sungguh terpesona dan tertarik akan keindahan kawasannya kerana dikelilingi oleh pohon-pohon tebal yang menghijau serta merupakan pusat dimana dua batang sungai bertemu.

pokok setar

Setelah berbincang dan menemuai kata sepakat dengan menteri-menterinya akhirnya baginda membuat keputusan untuk mendirikan sebuah kota batu yang dinamakan Kota Setar. Nama Setar diambil daripada jenis pokok-pokok yang terdapat disekitar kota tersebut iaitu dikenali sebagai ‘Stak Tree’. Setelah siap kota tersebut siap dibina, Sultan muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’Adzam Shah II terus bersemayam di sini dan menjadikannya sebagai Bandar diraja bagi Negeri Kedah.

buah setar

Pada tahun 1883, James F.Agustin telah tiba di Kuala Sungai Kedah (sekarang Kuala Kedah). Beliau dan beberapa orang Inggeris telah menjelajah kawasan tersebut sehingga ke pendalaman dan akhirnya tiba di Kampung Kota Setar. Dikatakan beliau mempunyai sikap yang baik terhadap masyarakat di situ dan telah menjadikan mereka sebagai kawan. Masyarakat di kampung tersebut telah membawa Augustin ke istana batu Sultan Muhammad Jiwa. Augustin begitu teruja dengan persekitar Istana yang dikelilingi oleh pokok-pokok ‘Stak’. Kedua-duanya menerima baik antara satu sama lain dan mereka telahpun bertukar-tukar barang.

Bermula dari sinilah perniagaan bertukar barangan dan perdagangan diantara orang-orang tempatan serta pedagang-pedagang asing berlaku. Kurun ke-19 menyaksikan ramai para pedagang dari Inggeris, India, China dan Sumatera telah datang ke Kota Setar untuk berdagang. Kemajuan demia kemajuan yang dicapai telah menjadikan Kampung Kota Setar sebagai sebuah pekan yang sibuk dan akhirnya menjadi sebuah bandar yang merupakan pusat penempatan, perdagangan, dan pentadbiran.

muara

Maka segala jenis urusan adalah berpusat di Kotar Setar dan lama-kelamaan nama Kota Setar telah ditukar kepada Alor Setar. Keadaan ini berlaku kerana bandar tersebut terletak dekat dengan muara sungai dan sering mendapat kunjungn daripada para pedagang yang datang singgah ke sini. Namun nama Kota Setar tidaklah dibuang begitu sahaja sebliknya dijadikan nama bagi sesuatu kawasan atau daerah di sekitar Alor Setar. Demikianlah sedikit sebanyak yang dapat diceritakan mengenai sejarah awal pembukaan Alor Star Kedah.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.