Asal Usul Loghat Kedah

Assalamualaikom pembaca setia orangkedah.com, hari ini saya hendak membincangkan serba sedikit mengenai asal usul loghat yang terdapat di Kedah dan beberapa bahagian loghatnya. Dialek kedah yang agak luas dipertuturkan terdapat 5 bahagian iaitu pertama di Barat mewakili Kodiang, Alor Setar dan Kubang Pasu. Kedua adalah di Barat mewakili Kuala Kedah dan kawasan sekitarnya, ketiga adalah di seluruh Langkawi, manakala keempat adalah di bahagian Tengah Kedah yang mewakili Sungai Petani dan kawasan sekitarnya serta yang terakhir iaitu di bahagian Selatan mewakili Kulim dan Bandar Bharu.

kedah

Kawasan Dialek seperti daerah Kubang Pasu, Baling, Sik dan Pokok Sena merupakan loghat yang bercampur di antara loghat Utara, Bahasa Siam dan loghat Kelantan, untuk makluman pembaca setia orangkedah.com. Kebanyakkan mereka bertutur dalam loghat Patani Kedah yang pada umumnya mempunyai komponen leksikal yang sama dengan orang-orang Patani dan orang-orang Kelantan. Loghat kawasan Kedah bermula dari unjuran Selama masuk ke kawasan Mahang, Sedim, Kuala Ketil dan Baling yang bersempadan dengan Yala serta mengunjur ke Kuala Nerang dan Padang Terap di utara yang bersempadan dengan wilayah Songkhla (Senggora).

Loghat Patani Kedah/Perak pula dituturkan oleh saudara-saudara kita bermula dari kawasan Bukit Gantang, Perak naik ke arah utara dan timur laut serta melintasi Batu Kurau, Selama hingga ke Lenggong dan Grik di Perak yang bersempadan dengan wilayah Yala. Terdapat beberapa persamaan antara dialek di kawasan tersebut namun terdapat juga beberapa kelainan.

patani

Jika anda lihat dan perhatikan betul-betul dialek Patani Kedah/Perak ini sangat-sangat hampir dengan Dialek Kelantan dan Terengganu. Keadaan ini menunjukkan keakraban kumpulan dialek Patani dan mungkin juga lebih rapat dengan dialek Kuala Berang. Jika anda hendak memastikannya, anda boleh melihat video-video di kawasan-kawasan yang saya sebutkan tadi dan nilaikan sendiri.

dialek kedah

Sesetengah pengkaji mengatakan bahawa fenomena ini berlaku kerana Perak dan Kedah berada tidak jauh dari Kelantan. Ada juga yang mengatakan orang Patani datang ke Kedah dan Perak ketika penaklukan besar-besaran oleh Siam pada penghujung kurun ke-19 di Patani. Berikut merupakan serba sedikit penerangan mengenai asal usul loghat. Kalau hendak diterangkan secara terperinci ianya sangat rumit dan memerlukan kajian yang mendalam.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.