Asal Usul Negeri Kedah Darul Aman

Bagi Sejarah Kedah, terdapat dua lagi bahan rujukan yang terkenal iaitu Hikayat Merong Mahawangsa yang ditulis selepas tahun 1643 dan al tarikh salasilah Negeri Kedah dalam tahun 1927. Maklumat mengenai sejarah awal Kedah boleh diperolehi daripada unsur-unsur Arab, Parsi, Sanskrit dan Cina.

Kadaram

Tulisan Sankrit ada menyebut Kedah sebagai “Kataha” atau “Kadara” dan tulisan-tulisan Tamil yang menyebur Kedah sebagai “Kadaram” atau “Kalagam”. “Kadaram” bermakna kuali besar dan “Kalagam” pula bermakna warna hitam. Mengikut Wilkinson nama Kedah berasal daripada perkaraan “Kheddah” yang bermaksud perangkap gajah. Ada pula pendapat yang menyatakan bahawa nama Kedah berasal daripada perkaraan Arab. “Kedah” yang bermakna gelas berkaki. Pada zaman terdapat ramai pedagang Arab yang menjual gelas berkaki disana sini. Mereka sering meneriak perkataan “Kedah” untuk menarik perhatian para pedagang kepada barang dagangan mereka. Daripada hasil penulisan sejarah pedagang¬¨ pedagang China dan kronikel pelayaran mereka terdapat rujukan Kedah dalam pelbagai sebutan. Begitu juga dengan unsur-unsur Siam dan Jawa yang juga menyebut Kedah dengan gaya yang tersendiri.

Dinasti Liang

Dari unsur-unsur China, yakni semasa Dinasti Liang (502 – 665) Kedah disebut sebagai “Langgasu” atau ” Langa” (atau Langkasuka). Dari penulisan I-Ching (kurun ke-7) Kedah kerapkali pula disebut sebagai “Chiah-Chin” atau “Kie Ta’a”ataupun “Kieteha”. Dilaporkan bahawa penduduk-penduduknya mula menduduki kawasan itu dalam kurun pertama sebelum Masihi. Sehingga ke hari ini masih menjadi tanda Tanya di mana sebenarnya kedudukan kerajaan Langkasuka itu. Penulis dan sejarawan Winstedt menganggap Langkasuka, yang disebut juga dalam Hikayat Marong Mahawangsa sebagai nama Kedah dalam bentuk penulisan sastera. Pakar sejarah seperti Quaritch Wales, ahli arkeologi British; G, Coedes, ahli arkeologi Perancis dan Dr. Linehan, sejarawan dan bekas Pengarah Muzium di Tanah Melayu (1948 -1951), menempatkan Langkasuka di kawasan Sungai Bujang. Daripada kronikel China zaman Dinasti Tang (618 – 916) Kedah disebut sebagai “Kora” atau “Kola”. Raja Kora dikatakan mempunyai nama keluarga “Sri Pura” dan namanya sendiri ialah Misi Pura. Pengembara Cina, Chao Ju Kua (yang menulis dalam tahun 1250) menyebut Langkasuka sebagai kawasan yang ditakluk oleh Palembang.

Roland Braddell

Penulis The Study Of Ancient Timesin The Malay Peninsula and Straids Malacca. Roland Braddell menyatakan Kedah pernah disebut sebagai “Gedda”. Nama itu dikaitkan dengan perkataan Hindustan “Khadar” yang bermaksud tanah yang sesuai untuk tanaman padi. ” Kidara” dalam bahasa Sanskrit juga mempunyai makna yang sama. Lagi satu nama untuk Kedah ialah “Kala” dalam bahasa Parsi yang bermakna Kota. Diriwayatkan bahawa Raja Kedah yang kedua telah membina sebuah Kota di sebuah tempat yang bemama Serokam. “Serokam” dikaitkan dengan perkataan Hindustan “Sara” yang bermaksud bangunan dan “Kami” yang bermaksud urusan.

Quaritch Wales yang banyak menjalankan kajian arkeologi di Kedah telah menjumpai tapak kota di Serokam. Unsur-unsur India merekodkan perihal “Kataha” nama Kedah tua yang telah ditawan oleh Raja-Raja Chola dari India dalam kurun ke-11. Kataha diperintah oleh seorang yang bernama Sri Visaya. Seterusnya, Kedah dikatakan pernah terletak di bawah kuasa Palembang diikuti dengan kuasa raja-raja Chola dan kemudian kuasa Majapahit. Syair Nagara Kretagama (1365) menyebut nama “Kedah” dan “Langkasuka” sebagai kawasan-kawasan yang dikuasa.

This Is Kedah

Mungkin ada sejarah lain yang termasuk dalam ni. Kalau hangpa ada tau sejarah lain tentang negeri Kedah ni, mai share sini.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.