Budak Berusia Empat Tahun Nyaris Dilarikan, Jitra Kedah

Berita terkini di bahagian utara Semenanjung Malaysia iaitu di Jitra Kedah, seorang bapa nyaris kehilangan anak perempuannya yang berusia empat tahun selepas keretanya dilarikan penjenayah di sebuah stesen minyak di Taman Mahsuri, Jitra Kedah. Sudah banyak kejadian-kejadian seperti ini yang berlaku di negera kita. Sedikit sahaja kita lalai pasti pasti penjenayah akan merebut kesempatan tersebut.

logo

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu iaitu Supt Mohd Ismail berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira pada pukul 7.45 pagi ketika bapa mangsa yang berusia 33 tahun berhenti seketika di stesen minyak untuk pergi ke tandas di belakang stesen minyak dengan meninggalkan anaknya di dalam kereta dalam keadaan kereta tidak berkunci serta enjin tidak dimatikan.

Katanya mangsa menyedari kejadian tersebut selepas keluar daripada tandas kira-kira lima minit kemudian apabila melihat keretanya jenis Honda Civis telah dilarikan namun berjaya mengesan anaknya semula selepas ternampak anak perempuannya itu sedang menangis kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian. Berikutan kejadian itu, lelaki tersebut dikatakan telah kehilangan komputer riba, wang tunai Rm1000 dan dokumen peribadi yang ditinggalkan di dalam kereta bernilai kira-kira Rm80000. Syukur Alhamdulillah anaknya dalam keadaan baik dan tidak dicederakan.

tandas

Berdasarkan pemerhatian daripada kamera litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat tiga suspek yang menaiki kereta Proton Wira berhenti untuk mengisi minyak di stesen minyak yang sama sebelum salah seorang daripada suspek pergi ke tandas di stesen minyak berkenaan. Selepas meninjau kawasan sekitar, suspek telah masuk ke dalam kereta mangsa dan melarikan kenderaan itu manakala dua lagi penjenayah yang berada di dalam Proton Wira menyusul di belakang kereta yang dicuri sebelum suspek meninggalkan anak mangsa tidak jauh dari situ.

Siasatan awal mendapati bahawa Proton Wira yang dinaiki oleh ketiga-tiga penjenayah itu adalah kereta yang dilaporkan hilang di Pendang semalam. Polis berjaya mengenal pasti salah seorang daripada suspek yang terlibat dan mendapati suspek tersebut memiliki banyak rekod jenayah berkaitan curi kenderaan.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.