Cerita Beras Terbakar Di Langkawi Kedah

Pulau Langkawi merupakan pulau yang terkenal dengan lagendanya. Salah satu daripadanya ialah ‘Beras Terbakar’. Beras terbakar mempunyai kisahnya yang tersendiri dan melibatkan masyarakat tempatan di sekitar Pulau Langkawi pada masa itu. Kawasan Beras Terbakar dipercayai berada di Kampung Raja, Mukim Padang Matsirat dan luasnya adalah kira-kira tiga puluh kaki persegi serta berasnya dikatakan tertanam dalam tanah hampir lebih tiga kaki. Untuk makluman pembaca setia orangkedah.com, beras ini akan timbul apabila hujan lebat melanda Pulau Langkawi.

beras terbakar

Menurut cerita orang tua-tua, Pulau langkawi telah diprintah sejak 200 tahun yang lalu sehingga kurun kesembilan belas yang bertempat di Kampung Raja. Cerita beras terbakar bermula setelah kematian Mahsuri yang difitnah oleh seseorang perempuan yang iri hati terhadapnya. Mahsuri telah bersumpah bahawa pulau tersebut tidak akan aman sehingga tujuh keturunan.

kawasan

Untuk makluman pembaca setia orangkedah.com, selepas beberapa bulan kematian Mahsuri iaitu atas perintah Datuk Seri Karma Jaya yang memerintah Pulau Langkawi pada ketika itu, pulau ini telah diserang dengan hebatnya oleh orang-orang Siam. Pertempuran yang maha dahsyat ini menyaksikan kematian Datuk Seri Kerma Jaya dan panglima-panglima yang gagah di Selat Berhala balik iaitu selat jalan masuk ke Pelabuhan Kuah sekarang. Mereka akhirnya telah tewas dalam perjuangan.

berassss

Namun, sebelum pertempuran itu berlaku, Datuk Kerma Jaya sudah merasakan bahawa Pulau langkawi akan tewas, maka beliau memberi arahan kepada orang-orangnya supaya menyimpan beras simpanan di dalam tanah supaya tidak terlepas ke tangan musuh. Kesan daripada kekalahan ini menyebabkan beras yang sudah ditanam itu habis terbakar.

beras

Ketewasan Datuk Kerma Jaya dalam usaha mempertahankan Pulau Langkawi dipercayai adalah kerana sumpahan Mahsuri yang berbunyi ‘ Dengan kerana kezaliman yang dijatuhkan ke atasnya, Pulau Langkawi tidak akan aman dan makmur sehingga tujuh keturunan’. Salah satu bukti sumpahan yang diberikan oleh Mahsuri ialah beras simpanan terbakar. Sehingga sekarang beras terbakar tersebut digunakan sebagai penawar bagi orang-orang demam panas dan kepialu serta menjadi ubat sakit perut.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.