Detik Bersejarah Buat Pasukan Bola Sepak Kedah Tahun 1990

Tarikh 15 Disember 1990 merupakan detik yang tidak mungkin dilupakan oleh seluruh peminat bola sepak Kedah daripada segenap lapisan umur. Malam itu Kedah telah menempa sejarah. Tepat jam 8.45 malam, 15 Disember menjadi detik yang penuh dengan cabaran bagi pemain dan juga ribuan peminat Kedah di Stadium Merdeka dan ratusan ribu peminat bola sepak Kedah duduk di depan televisyen.

pasukan

Pada masa itulah saat-saat yang akan menentukan kalah menangnya pasukan Hijau Kuning. Dikatakan perlawanan menentang Singapura merupakan perlawanan keempat bagi Kedah pada peringkat akhir perandingan Piala Malaysia setelah tewas tiga kali berturut-turut kepada Kuala Lumpur di padang yang sama.

kedah3

Perasaan berdebar-debar para penyokong Kedah para peringkat permulaan meledak penuh gembira apabila gol pertama dijaringkan oleh V.Sundram Moorthly pada minit ke-44. Gol tersebut diperoleh daripada hantaran Rincic Bratislav dari sebelah kiri kawasan Singapura kepada Husin Jaafar. Husin menanduknya ke kawasan penalti dan terus kepada Sundram Moorthly yang lantas merembat masuk ke dalam gawang gol Singapura. Penjaga gol Singapura tidak dapat berbua apa-apa ketika itu.

kedah

Para penyokong Kedah bersorak keriangan dalam keadaan hujan yang mula turun renyai-renyai. Harapan untuk membawa pulang Piala Malaysia sudah terbayang-bayang di mata penyokong Kedah. Separuh masa pertama yang penuh dengan aksi cemas dan mendebarkan berakhir dengan Kedah mendahului Singapura 1-0. Apa yang menariknya di separuh masa pertama iaitu hampir setengah jam kedua-dua penjaga gol setiap negeri tidak menerima cubaan yang mencemaskan. Keadaan ini kerana semua tendangan sudut, tendangan silang dan tendangan bebas berjaya dihalang oleh barisan pertahanan masing-masing.

Penyerang utama Singapura iaitu Abbas Saad dan Alistair Edwards jarang dapat menembusi barisan pertahanan Kedah. Selama 72 minit, Kedah masih dapat mempertahankan kedudukannya. Namun, pada minit ke-73 Singapura berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan Alistair Edwards. Gol tersebut diperoleh daripada tendangan bebas oleh Hasnim Haron yang ditanduk masuk ke dalam gol oleh Alistair Edwards. Maka para penyokong Singapura pula bersorak keriangan.

kedah 2

Selepas itu, para pemain bola sepak Kedah tidak menunggu dengan lama kerana setelah tiga minit separuh masa kedua, masa tambahan dimulakan. Pemain Kedah iaitu Ng Chew Beng menyumbat bola ke sudut kanan pintu gol Singapura hasil daripada tendangan percuma. Pasukan Singapura sudah tidak senang duduk dan mereka terus mengasak serta cuba mendekatkan jurang gol tetapi apabila Romli Ghani yang menggantikan Chan Keat Swee yang diusung keluar kerana cedera telah menjaringkan gol ketiga bagi pihak Kedah setelah menerima hantaran sudut dari Aziz Azizan, maka terkuburlah harapan Singapura untuk menjadi juara. Detik itu, merupakan pertama kalinya selepas 50 tahun, Piala Malaysia menjadi milik Kedah lantas mencatat sejarah dalam perkembangan bola sepak Kedah.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.