Doktor Wanita Melayu Pertama Dari Kedah

Negeri Kedah bukan sahaja mempunyai sejarah dan tempat menarik malah juga melahirkan insan yang berjaya dan dapat membawa nama Kedah dan juga Malaysia dimata dunia. Kali ini, kita akan kupaskan tentang Doktor Wanita Melayu Pertama yang berasal dari Kedah Darul Aman. Beliau yang dimaksudkan ialah Tan Sri Dato’ Dr. Salma Ismail.Tan Sri Dato’ Dr. Salma Ismail lahir pada 19 Disember 1918 di Alor Star, Kedah. Beliau bersekolah di Kampung Bahru Girls’ School atau dalam bahasa melayunya adalah Sekolah Menengah Sultanah Asma , Alor Star.Beliau juga lulus Junior Cambridge (1934) dan Senior Cambridge (1935).

Beliau merupakan calon murid perempuan Melayu tunggal dan pertama di Kedah yang lulus peperiksaan Senior Cambridge dengan cemerlang. Seterusnya belajar di King Edward VII College of Medicine di Singapura (1936) dengan Biasiswa Kerajaan Negeri Kedah. Pelajaran beliau terhenti 1939-1945 oleh kerana Peperangan Dunia Kedua. Setelah menyambung semula pada 1946, beliau di anugerahkan Ijazah Doktor Perubatan pada tahun 1947.

dr salma

Pengajian beliau terganggu semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Beliau bertugas sebagai Doktor pelatih di Hospital Besar Alor Setar, Kedah dan ketika itu beliau dibawah penyeliaan doktor tempatan dan doktor berbangsa Jepun. Selepas tamat belajar, beliau kembali memulakan khidmat di Hospital Besar Alor Setar, Kedah pada tahun 1950. Untuk pengetahuan semua, beliau juga ada membuka klinik persendirian yang lebih dikenali sebagai ” Klinik Salma”.

Selain bertugas sebagai seorang doktor, beliau juga aktif dalam aktiviti sukarelawan seperti menjadi Pesuruhjaya Pandu Puteri Negeri Kedah, ahli St. John Ambulan Kedah, Presiden Persatuan Dokto-doktor Swasta Selangor dan Presiden Pertubuhan Pan Pasific Asia Tenggara. Atas sumbangan dan kejayaan yang beliau kecapi, pelbagai anugerah, pingat dan bintang kebesaran yang beliau dapat seperti Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri pada 1997 , Dato’ Paduka Mahkota Kedah (D.P.M.K) yang membawa gelaran Dato’ pada 1996 dan Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K) pada 1959.

doktor

Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada 20 Julai 2014 di Hospital Pantai, Bangsar akibat sakit tua di usia 95 tahun. Al-Fatihah. Semoga beliau ditempatkan bersama orang yang beriman hendaknya. Amin ya rabbal alamin.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.