Jasa Tun Dr Mahatdhir Terhadap Malaysia

Tun Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan merupakan pemerintah paling lama di Malaysia iaitu selama 22 tahun. Beliau dilahirkan pada 10 Julai 1925 dan sering menggunakan nama timbangannya sendiri iaitu ‘Che Det’. Semasa pemerintahannya beliau telah berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara. Malaysia juga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara ‘Harimau Ekonomi Asia’.

buku

Banyak jasa yang telah disumbangkan beliau kepada Malaysia. Antara usaha beliau yang paling diingati oleh masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah ketika membawa Malaysia keluar daripada Krisis Kewangan Asia 1997. Sewaktu itu beliau telah menolak cadangan dan juga dana bantuan dari IMF yang disifatkan akan memburukkan lagi krisis tersebut. Selepas keputusan dibuat beliau menerima pelbagai kritikan yang hebat oleh pelbagai pihak termasuk dari pihak IMF sendiri walaupun selepas kemelut berakhir. Namun beliau tidak mengendahkannya dan mengatakan bahawa kecaman dan pujian adalah norma ahli politik dan terserah terhadap penilaian masing-masing.

Sifat kepimpinan beliau yang bersifat vokal berhubung isu-isu antarabangsa mencetuskan kontroversi. Beliau menyokong ‘Sistem Ekonomi Pasaran’ terkawal sebagai alternatif kepada ‘Sistem Ekonomi Persendirian’ dan secara amnya menolak ‘Pasaran Bebas’. Gaya pemerintahannya yang sebegini sering diberi jolokan sebagai pemerintahan autokratik oleh pelbagai pihak termasuk badan dan media-media antarabangsa.

jambatan

Selain itu, untuk pangetahuan pembaca setia orangkedah.com, beliau juga dikatakan tidak dapat lari dari tuduhan kronisme yang dilemparkan oleh pemimpin-pemimpin lain di dunia. Kesemua ini dapat ditepis oleh beliau dan menganggap semuanya sebagai salah satu asam garam dalam kehidupan berpolitik. Kecekalan yang ditunjukkan lama kelamaan mendapat sokongan yang padu daripada masyarakat Malaysia dan pujian daripada negara-negara luar. Mereka memberi pujian di atas tindakan berani pemimpin Malaysia yang sanggup menanggung risiko serta berfikiran ke hadapan.

Semasa pemerintahannya beliau telah menghasilkan pelbagai projek yang telah membangunkan Malaysia. Antara projek-projek berprofil tinggi ataupun digelar sebagai projek mega yang telah dibangunkannya ialah Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang. Kesemua projek mega beliau membawa satu perubahan yang besar kepada Malaysia dan berkat kepimpinannya Malaysia sudah mula dikenali oleh negara-negara luar serta menjadi bualan di sana.

KLIA

Pada Oktober tahun 2003 beliau telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Dr. Mahathir telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. Beliau telah dinobatkan sebagai ‘Bapa Pemodenan Malaysia’ kerana telah berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara industri baru yang disegani dalam kalangan negara-negara membangun. Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin kedua yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.