Jom Bercuti Di Pantai Merdeka Kedah

Pantai Merdeka merupakan salah satu tempat pelancongan yang terdapat di Kedah. Untuk pengetahuan pembaca setia orangkedah.com pantai Merdeka terletak di sekitar kawasan Kuala Muda dan menjadi tumpuan penduduk di sekitar daerah tersebut. Permandangan indah yang terbentang luas di kawasan Pantai Merdeka menyebabkan ramai pelancong yang datang singgah ke sini bersama-sama keluarga atau rakan-rakan untuk mandi laut ataupun hanya bersantai sahaja.

permandangan

Salah satu tarikan utama di Pantai Merdeka ialah permandangan Gunung Jerai yang tersergam indah di hadapan mata dan juga pekan Tanjung Dawai yang terletak bertentangan dengan Pantai Merdeka. Pantai ini akan dibanjiri atau dipenuhi oleh orang ramai apabila tibanya musim cuti persekolahan dan hujung minggu. Jadi jika anda ingin datang ke sini dan mahukan ketenangan elakkan daripada datang pada waktu-waktu tersebut.

family

Jika kawasan tersebut merupakan tempat perlancongan pastinya segala kemudahan-kemudahan yang diperlukan disediakan oleh pihak-pihak yang terbabit. Begitu juga dengan Pantai Merdeka terdapat resort dan chalet penginapan untuk para pengunjung yang ingin menginap lama di sini. Terdapat juga medan selera untuk para pengunjung mengisi perut setelah penat berjalan seharian. Dikatakan terdapat 16 buah gerai menjual berbagai jenis makanan dan minuman. Tidak ketinggalan juga disediakan bot pelancong untuk pengunjung menyewa bot untuk bersiar-siar melihat permandangan menarik di sekitar Pantai Merdeka ini.

medan selera

abc gunung jerai

Pelbagai aktiviti turut disediakan seperti memancing, berkhemah, bermain layang-layang, berkayak, menaiki bot dan padang permainan padang. Setiap tempat pelancongan mempunyai hampir kesemua aktiviti-aktiviti ini. Namun, apa yang membezakannya adalah cara kita menyesuaikannya mengikut sesuatu kawasan. Jika kena pada tempatnya pasti percutian yang diidamkan akan menjadi lebih menarik. Resort-resort di sini juga menyediakan kolam mandi untuk orang dewasa dan kanak-kanak, padang serbaguna untuk aktiviti sukaneka bersama keluarga dan berbeque.

mandi

Jika ada berminat untuk datang ke sini, anda boleh terus menghubungi mereka ataupun menghantar email ke [email protected] Untuk pengetahuan pembaca setia orangkedah.com, terdapat pelbagai gerai-gerai yang dibuka di tepi pantai pada hujung minggu atau musim cuti persekolahan. Misalnya seperti gerai bihun sup, laksa, buah-buahan, permainan kanak-kanak dan pelbagai jenis pakaian kenangan untuk dibawa pulang. Pasti anda tidak mahu lepaskan peluang datang ke sini kan. Jom semua datang ke sini.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.