Jom Beriadah di Tasik Jitra Kedah

Tasik Jitra merupakan salah satu tarikan yang terdapat di Kedah. Tasik ini akan dikunjungi oleh orang ramai pada setiap masa dan biasanya pada hujung minggu. Pada musim cuti Tasik Jitra akan dipenuhi oleh orang ramai yang datang untuk melihat keindahan alam selain mempunyai ‘booth’ atau ‘event’ yang dilakukan di sana.

Taman Tema Tasik Darul Aman terletak kira-kira 1 kilometer dari Bandar Darul Aman, Jitra dan bersebelahan dengan Darul Aman Golf Resort. Penduduk di sekitar Tasik Jitra selalu datang ke sini untuk beriadah dan bersiar-siar. Luas taman ini adalah 92 ekar dan tasiknya mempunyai keluasan kira-kira 26 ekar. Tasik Jitra ini bersebelahan dengan jalan dan mudah untuk dijumpai.

tasik jitra

Tarikan utama di Tasik Jitra, ialah air pancut yang mempunyai ketinggian 96 meter iaitu merupakan air pancut ketiga tertinggi di Asia. Di sini juga terdapat pelbagai jenis permainan-permainan seperti permainan basikal air, kayak, dan menaiki sampan. Permainan-permainan ini dikenakan bayaran sebanyak RM 4 untuk dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak. Selain itu, bagi penggemar pancing anda boleh memancing di tasik ini. Caj untuk memancing adalah RM10 untuk 4 jam dan RM5 untuk 2 jam. Ikan –ikan yang terdapat di tasik Jitra termasuklah ikan pasu, lampam jawa, talapia dan keli.

tasik jitra

Selain itu, Tasik Jitra juga menyediakan ‘buggy jeep’ yang boleh disewa dengan harga RM10 untuk mengelilingi tasik. Pengunjung perlu menunjukkan lesen memandu jika ingin membawa ‘buggy jeep”. Tasik ini turut menyediakan trek untuk sesiapa sahaja yang ingin berjoging. Trek yang disediakan adalah sepanjang 3 kilometer. Selain berjoging anda boleh menikmati kehijauan hutan sekaligus menghirup udara segar di sini. Apa yang pasti anda tidak akan menyesal apabila menyewa ‘buggy jeep’ ini.

tasik jitra

Pelbagai makanan juga turut disediakan bagi para pengunjung yang datang ke sini. Antara makanan yang disediakan ialah laksa kedah, bihun sup, nasi berlauk, makanan bergoreng dan lain-lain lagi. Harga yang ditawarkan untuk setiap makanan amatlah berpatutan. Jika anda ke sini jangan lepaskan peluang untuk menikmati makanan yang terdapat di Tasik Jitra ini. Sekali rasa pasti nak lagi.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.