Jom Kenali Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah Ke-26

Jom kita kenali biodata ringkas sultan-sultan yang pernah memerintah Kedah. DYMM Almarhum Tuanku Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah telah diputerakan pada 4 Jun 1864 dan baginda memerintah Kedah dari tahun 1882 sehingga 1943. Baginda menaiki takhta ketika baginda berusia 19 tahun setelah kemangkatan kekanda baginda iaitu Sultan Zainal Rashid Muadzam Shah.

pengiktirafan

Memandangkan pada waktu itu usia baginda masih muda ketika ditabalkan, baginda telah melantik Jemaah Pemangku Raja untuk membantu baginda dalam urusan pentadbiran negeri. Pada tahun 1885, baginda melawat negeri Perak dan mengunjungi Singapura untuk tujuan yang sama. Sultan Abdul Hamid sering mengunjungi Bangkok untuk merapatkan hubungan dengan penaungnya iaitu Raja Rama IV. Setiap kali tiba hari perayaan atau hari keputeraan Raja Rama IV baginda akan ke Bangkok dengan menaiki kapal baginda iaitu Good Luck.

raja rama iv

Berdasarkan hubungan diplomatik yang sangat erat dengan kerajaan Siam, baginda telah dikurniakan bintang ‘Order The White Elephant First Class’ bersama gelaran Chao Phya Saiburi. Disebabkan kegigihan baginda, kerajaan Siam telah menganugerahkan pangkat ‘Chao Phya Riddisongkran Bakti’ serta dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Setul dan Perlis. Dipercayai ketulusan baginda telah berjaya menawan hati Raja Chulalongkorn sehinggakan putera baginda iaitu Tinku Yusof, Tunku Badlishah, dan Tunku Mohammad Jiwa dijadikan anak angkat Raja Chulalongkorn dan dimasukkan ke King’s College di Bangkok.

cover 1

Tunku Yusof dan Tunku Badlishah sebagai King’s Scholar masing-masing telah dihantar ke Rughy School, England dan Wadham College, Oxford untuk melanjutkan pelajaran manakala Tunku Mohammad Jiwa terus menuntut di King’s College sehingga 1909 sebelum meneruskan pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Semasa pemerintahannya Sultan Abdul Hamid telah melakukan banyak perubahan dalam urusan pentadbiran. Pada akhir abad ke-19 baginda telah mewujudkan Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Audit, Pejabat Besar Pos dan Telekom serta Mahkamah Keadilan.

mad saman

Sultan Abdul Hamid juga telah membawa banyak pembaharuan dalam bidang ekonomi. Antaranya baginda menggalakkan penanaman padi di negeri Kedah dan hasil perbincangan baginda dengan Datuk Wan Muhammad Saman, terusan sepanjang 22 batu, 24 kaki lebar dan sedalam 5 kaki telah dibina bermula dari Sungai Kedah ke kaki Gunung Jerai untuk tujuan pengairan. Baginda juga amat mengambil berat soal agama Islam. Sekembalinya dari Siam pada tahun 1885, baginda telah memberi perhatian terhadap usaha membesarkan Masjid Zahir dengan mengambil contoh masjid di Acheh untuk reka bentuk baru Masjid Zahir.

terusan

masjid zahir

Pada akhir pemerintahannya baginda telah kehilangan kaum kerabat yang banyak membantu baginda seperti Tunku Aziz, Tunku Mahmud dan Tunku Ibrahim. Baginda sendiri turut mengalami masalah kesihatan dan semasa kedatangan Jepun pada tahun 1943 baginda telah melarikan diri mengikut pegawai-pegawai Inggeris. Namun, atas kebijaksanaan Tunku Abdul Rahman baginda telah dibawa ke Sidim, Kulim untuk mendapatkan perlindungan. Baginda telah menduduki takhta selama 62 tahun dan dianggap sebagai seorang Sultan yang memiliki kebesaran daulat oleh banyak generasi.

tunku abdul rahman

sultan abdul halim

Pada 13 Mei 1943 baginda telah mangkat dan tempatnya diganti oleh Sultan Badlishah. Anakanda-anakanda almarhum terdiri daripada Sultan Badlishah, Tunku Yaacob dan Tunku Abdul Rahman Putra. Tunku Abdul Rahman Putra dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Setar Kedah dan merupakan Perdana Menteri Malaysia Pertama. Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990 di Kuala Lumpur. KDYMM Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim pula merupakan cucunda DYMM Tuanku Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.