JPS Kedah Siap Sedia Hadapi Gelombang Kedua Banjir

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kedah bersiap sedia berdepan gelombang kedua banjir di negeri ini sekiranya hujan lebat berterusan awal November ini. Timbalan Pengarahnya, Ir Baharuddin Abdullah, berkata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan taburan hujan tinggi berikutan musim perantaraan monsun yang dijangka sepanjang minggu pertama November.

514pnp1s8f

Menurut laporan daripada sinar harian online, mengikut ramalan, monsun timur laut akan mengakibatkan hujan lebat berterusan. Kami akan sentiasa memantau kedudukan paras air di setiap sungai di negeri ini supaya tiada gangguan penyaluran air ke laut. JPS juga bekerjasama dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) untuk memastikan air dapat disalirkan ke terusan atau tali air MADA, seterusnya ke laut bagi meminimumkan risiko limpahan air.

gelombang kedua

Baru-baru ini, seramai 3,067 penduduk daripada 1,078 keluarga terpaksa dipindahkan ke 21 pusat pemindahan di seluruh negeri susulan banjir. Baharuddin berkata, dalam usaha mengurangkan risiko banjir, JPS memastikan setiap projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di negeri ini mempunyai kolam takungan air sendiri supaya tiada limpahan ke kawasan sekitar.

Bagaimanapun, katanya, jika taburan hujan tinggi melebihi 100 milimeter (mm) seperti baru-baru ini, limpahan air mungkin berlaku. Seperti minggu lalu, 20 stesen hujan merekodkan penerimaan hujan melebihi 100mm menyebabkan aliran air dalam sungai meningkat di kebanyakan tempat. Misalnya air sungai di Kuala Nerang melonjak ke paras bahaya. Aliran air berlebihan yang tinggi iaitu melebihi 7,000 cusec (kaki persegi sesaat) atau 198,217 liter sesaat akan melalui terusan dan sungai di kawasan Kota Setar.

banjir 2

Akibatnya beberapa tempat rendah di sepanjang laluan dijangka mengalami limpahan air yang akan menjejaskan kawasan berhampiran. Baharuddin berkata, JPS juga bekerjasama rapat dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri. Kami akan segera memaklumkan pihak berkenaan sekiranya paras air sungai meningkat.Ia untuk membuat persiapan menghadapi banjir serta membantu mengurangkan risiko kerosakan harta benda penduduk.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.