Kampung Kuala Dulang Kechil, Yan Kedah Tumpuan Kaki Pancing

Memancing merupakan aktiviti yang kian popular dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya bagi kaum lelaki. Sebut sahaja mengenai tempat-tempat yang menjadi lubuk ikan, pasti para kaki pancing akan sampai ke sana. Salah satu tempat yang menjadi buruan kaki pancing pada ketika ini adalah di Kampung Kuala Dulang Kechil di daerah Yan Kedah. Kampung ini dikatakan sedang giat berusaha untuk menjana pelbagai sumber ekonomi di desanya, untuk makluman pembaca setia orangkedah.com. Hal ini kerana kampung tersebut dianggap berpotensi untuk dimajukan selain daripada menyahut seruan kerajaan untuk melakukan pemantapan ke arah pendapatan isi rumah melalui sumber ekonomi.

kg kuala dulang

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Kuala Dulang Kechil iaitu Encik Ismail Zain, kampung ini sudah dilihat semakin meningkat naik terutamanya apabila dinobatkan menjadi Johan Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia Peringkat Daerah Yan pada Oktober tahun 2015. Dikatakan Kampung Kuala Dulang Kechil ini mempunyai keunikan yang tersendiri apabila pelbagai sumber pendapatan boleh didapati di kampung ini. Pada awalnya kampung ini hanya bersumberkan pertanian sahaja, namun dari hari ke hari kampung ini semakin meningkat dengan pelbagai produk yang dihasilkan atau dijayakan oleh penduduknya.

kg kuala dulang kecil

Bagi kaki pancing di daerah Yan Kedah, anda kini boleh pergi ke Kampung Kuala Dulang Kechil untuk memancing. Dikhabarkan sewa bot untuk kaki pancing adalah antara RM 500 hingga RM 600 untuk satu bot dan ianya juga bergantung kepada saiz bot tersebut. Anda tidak perlu risau kerana tempat ini pasti berbaloi dengan kadar bayaran yang dikenakan. Sekali datang pasti akan datang lagi. Hal ini kerana kampung ini merupakan lubuk ikan yang terbaik di Kedah. Kebiasaannya Kampung Kuala Dulang Kechil akan menjadi tumpuan orang ramai pada hujung minggu dan cuti persekolahan.

ikan tenggiri

Penduduk di Kampung ini juga turut menjadikan aktiviti memancing sebagai sumber pendapatan mereka. Selain daripada memancing penduduk di sekitar sini juga melakukan perniagaan secara kecil-kecilan. Misalnya seperti perniagaan pertukangan kayu membuat kraftangan, membuat santan dan kerisik serta perniagaan air Nira. Keadaan ini secara tidak langsung akan meningkatkan pendapatan kampung tersebut sekaligus memantapkan ekonomi masyarakat di sekitar kawasan tersebut. Dikatakan Kampung Kuala Dulang Kechil ini merupakan tumpuan pelancongan.

kelapa

Jika ke Kedah anda juga boleh melawat ke Pusat Memancing Dy’lima yang terletak di Kampung Kerkau, Mukim Guar Kepayang, Pendang Kedah.Tempat ini juga dikatakan mempunyai tempat memancing yang terbaik dan sesuai untuk kaki pancing. Selain daripada memancing anda juga boleh beriadah bersama-sama keluarga serta menikmati keindahan alam yang terbentang luas di Kampung Kerkau. Dipercayai pelbagai spesis ikan terdapat di dalam kolam di Dy’lima, antaranya ialah ikan patin, rohu, tongsan dan lekoh. Apa yang paling menarik ialah jika hasil yang didapati kurang memuaskan para pemancing dapat melakukan pancingan tanpa ada sebarang caj yang dikenakan.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.