Kejadian Aneh Di Dalam Gua Pantai Merdeka Kedah

Negeri Kedah merupakan sebuah negeri yang mempunyai beberapa keistimewaan dan keunikan yang tersendiri mengenai perkembangan sejarahnya pada zaman dahulu. Gua-gua batu kapur yang menjadi tempat tinggal atau tempat persinggahan bagi masyarakat zaman prasejarah banyak terdapat di negeri Kedah terutamanya di daerah-daerah Kubang Pasu, Kota Star dan Baling. Cerita mengenai keanehan Gua Pantai Merdeka bermula apabila terdapat sekumpulan para pelajar datang melawat gua dan kubu sejarah di persisiran Pantai Merdeka.

kelawar

Pada awalnya mereka diberi pendedahan mengenai gua tersebut iaitu menyatakan bahawa gua ini merupakan gua yang sebenar dan tiada sebarang perubahan yang dilakukan sejak zaman dahulu. Keadaan ini dapat dilihat terhadap batu-batu asli yang terdapat di dalam gua ini amat sejuk apabila dipegang. Para pelajar meneruskan perjalanan memasuki gua mengikut giliran. Semasa memasuki gua tersebut salah seorang daripada mereka telah menegur sesuatu iaitu mengatakan ‘mana kelawar? tak nampak pun.’.

Suasana ketika itu bertukar menjadi sunyi dan diam secara tiba-tiba. Kemudian, terdengar pula bunyi kelawar yang agak bising walaupun ketika itu tiada kelibat kelawar yang keluar melalui gua tersebut. Keadaan ini menyebabkan mereka sangat terkejut dan tercari-cari punca dimana kelawar itu berada. Suasana dan keadaan yang ganjil tersebut memaksa petugas pada waktu itu mengarahkan supaya kesemua mereka keluar meninggalkan gua tersebut.

pelajar

Sebelum keluar, beberapa keping gambar sempat diambil oleh mereka dan tanpa sengaja mereka terlihat sesuatu objek yang ganjil yang muncul secara tiba-tiba di dalam gambar yang dirakam. Objek tersebut dipercayai penunggu gua yang menyerupai sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Tanpa menghebohkannya kepada para pelajar mereka mendiamkan diri dan meneruskan aktiviti merakam beberapa gambar di dalam gua tersebut. Keadaan menjadi suram apabila kelihatan objek yang sama berada di dalam gambar yang dirakam.

gua

Setelah mereka keluar bersama-sama para pelajar hujan turun dengan tiba-tiba dan menyebabkan aktiviti memasuki gua dan melawat kubu bersejarah dihentikan. Hal ini menunjukkan bahawa Allah S.W.T telah melindungi mereka semua daripada sebarang kemalangan dan keadaan yang tidak diingini. Setelah meneliti dengan sebaik-baiknya gambar tersebut didapati sebenarnya objek ganjil tersebut sebenarnya telah mengikut salah seorang pelajar yang berada di dalam gua tersebut. Namun, syukur alhamdulillah kerana tiada sebarang keadaan yang tidak diingini berlaku.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.