Kejadian Misteri Di Sungai Sedim Kulim Kedah

Sungai Sedim merupakan sebuah kawasan Taman Rekreasi yang menjadi tumpuan para pengunjung. Aktiviti yang sering menjadi tumpuan di kawasan ini adalah White Water Rafting dan Tree Top Walk. Namun disebalik keindahan dan keseronokan yang dipamerkan di Sungai Sedim ini terdapat juga beberapa berita sedih yang berlaku di sini. Untuk makluman pembaca setia orangkedah.com Sungai Sedim ini dikatakan berpuaka oleh sesetengah penduduk berhampiran kerana ada di antara mereka ternampak kelibat lembaga dan bunyi-bunyi misteri hampir setiap malam.

aktiviti

Beberapa tragedi dan cerita-cerita yang tidak enak didengar telah berlaku di kawasan ini. Menurut penduduk pada tahun 2010, mayat seorang lelaki berusia 27 tahun yang bernama Mohd Eizzat Abd Halim telah ditemui di celah-celah batu kira-kira jam 6.40 petang. Mayat tersebut dijumpai setelah empat hari operasi mencarinya gagal. Menurutnya lagi sebelum mangsa hanyut, temannya yang sedang memancing pada ketika itu telah terdengar suatu bunyi yang misteri iaitu bunyi seakan batu berlaga dengan kuat. Mendengar hal itu kawannya terus beredar meninggalkan tempat tersebut.

Beliau juga dikatakan pernah berjumpa dengan wanita yang sedang mandi di kawasan lubuk sekitar kawasan ini. Biasanya kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5.30 petang iaitu sesudah azan asar sehingga lewat malam. Saksi lain iaitu Encik Aziz Ibrahim dari Kampung sungai Buluh juga berkata bahawa dia pernah berjumpa dengan beberapa pasangan yang sedang mandi dan secara tiba-tiba salah seorang daripada pasangan tersebut menunjukkan reaksi aneh dan menakutkan. Orang-orang di sekitar kawasan tersebut terpaksa memanggil bomoh atau ustaz untuk memulihkan pasangan terbabit.

lemas

Terdapat juga cerita di mana seorang pelajar yang sudah selesai mandi dan telah naik ke tebing, namun secara tiba-tiba dia terjun semula ke dalam air seolah-olah sedang dipanggil oleh seseorang. Nasib budak itu agak baik apabila penduduk kampung berjaya menyelamatkannya dengan menarik tangannya ke tebing sungai. Banyak perkara misteri yang berlaku di Sungai Sedim ini dan kebanyakkan mereka adalah terdiri daripada orang luar dari kawasan ini.

Ada juga cerita berkaitan dengan seorang remaja perempuan yang dilihat sedang berbual-bual dengan seseorang tetapi orangnya tidak kelihatan. Penguat Kuasa Agama Pejabat Daerah Kulim yang pernah memulihkan semangat remaja terbabit berkata dia curiga dengan perlakuan remaja terbabit lalu pergi mendekatinya dan bertanya. Mangsa dikatakan secara tiba-tiba sahaja melambaikan tangan ke arah seberang sungai lalu pengsan tidak sedarkan diri. Sewaktu itu dikatakan bahawa mereka ditugaskan untuk menjaga sekumpulan remaja yang datang berkhemah di kawasan ini.

bunian

Menurutnya lagi salah seorang daripada mereka tiba-tiba sahaja berjalan laju ke arah air. Kami sangat pelik dengan tindakannya dan apabila ditanya dia sedang bercakap dengan siapa, remaja perempuan itu menjawab bahawa ada sekumpulan puteri sedang menantinya di seberang sungai dan dipercayai sebelum itu dia sudah dijamu dengan buah-buahan di ladang yang luas.

Kalau hendak diikutkan tempat-tempat sebegini memang keras dan merupakan tempat kehidupan makhluk-makhluk halus. Namun, perlu diingatkan supaya kita sentiasa berwaspada dengan setiap perbuatan yang kita lakukan. Misalnya jangan mengambil atau mengutip sebarang benda-benda yang nampak pelik di kawasan tersebut dan berhati-hatilah ketika mengucapkan sesuatu hal kerana tak semuanya suka akan percakapan kita.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.