Kejadian Seram Di Kolej Matrikulasi Changlun Kedah

Hantu? Syaitan? Kalau nak ikutkan di mana-mana sahaja ada semua makhluk-makhluk halus ini bahkan sekarang pun mungkin dia sedang memerhatikan kita. Cuma yang membezakannya adalah nasib seseorang itu sama ada diberi peluang merasai pengalaman berhadapan dengan makhluk-makhluk halus serta melihat sendiri di hadapan mata ataupun tidak ada langsung. Namun, jika kita saja-saja pergi mengacau tempatnya akan mendapatlah jawabnya.

hostel

Hari ini admin akan menceritakan sedikit mengenai pengalaman budak-budak yang belajar di kolej Matrikulasi Changlun Kedah. Kiriman cerita ini diterima daripada Encik Syafiq Ramly daripada Kedah yang merupakan pelajar Program 2 Tahun (PDT). Cerita bermula apabila Syafiq dan kawannya Hafiz pergi study di kerusi batu yang disediakan dalam bangunan tersebut. Pada malam itu suasananya sangat sunyi dan tiada orang dekat kawasan tersebut. Biasanya kawasan ini akan dipenuhi orang.

Mereka meneruskan juga niat untuk belajar. Tidak berapa lama kemudian suasana menjadi lain macam. Hafiz menaip sesuatu di telifon bimbitnya dan menghantarkannya kepada Syafiq. Katanya ‘Kau ada dengar suara orang mintak tolong tak?’. Syafiq membalasnya ‘Tak ada Pon’. Syafiq tengok muka Hafiz dah pucat, jadi dia pun mengajak Hafiz untuk balik ke bilik hostel. Sampai sahaja di bilik kami terus ambik wuduk dan baca Yassin kerana takut benda yang tidak sepatutnya berlaku nanti. Semuanya baik-baik sahaja sehinggalah kami semua mahu tidur.

Dalam bilik itu, cuma ada tiga orang sahaja iaitu Syafiq, Hafiz dan Azhar. Ketiga-tiga mereka berpakat untuk menggabungkan sahaja katil kerana perasaan takut masih tidak hilang lagi pada waktu itu. Apabila Syafiq mula pejam mata sahaj, tiba-tiba dia terdengar satu suara perempuan yang menyanyi dan suaranya itu seperti suara orang menyanyi sambil menangis. Suaranya itu memang syahdu dan seram gila sampai badan Syafiq juga habis berpeluh-peluh. Suaranya begitu dekat dengan kepala Syafiq, namun dia tetap memaksa diri untuk tidur dan akhirnya tertidur.

seram

Keesokkannya, Syafiq bertanya kepada kedua-dua orang sahabatnya. ‘Semalam sebelum tidur korang ada dengar apa-apa tak?’ Kedua-dua orang kawannya menjawab bahawa tidak ada dengar apa-apa pun. Pada masa itu Syafiq sudah seram sejuk dan tidak lama selepas itu dia menerima berita mengenai kematian atuknya. Adakah semuanya kebetulan? Begitulah pengalaman yang terjadi kepada Syafiq. Banyak lagi cerita-cerita yang seram berlaku di sini, bahkan rasanya di semua hostel-hostel di Malaysia ini mempunyai ceritanya yang tersendiri.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.