Kekejaman Jepun Di Kedah Selama 19 Bulan

Semua sudah sedia maklum bahawa Kerajaan British merupakan salah satu kuasa besar yang telah berjaya menawan Tanah Melayu suatu ketika dahulu, untuk makluman pembaca setia orangkedah.com. Pelbagai cara dilakukan untuk menakluk dan mengambil alih pemerintahan di Tanah Melayu. Namun, apabila sudah memiliki Tanah Melayu mereka berasa bangga dan memandang rendah terhadap kuasa-kuasa lain terutamanya Jepun kerana Tanah Melayu menjadi rebutan kuasa-kuasa besar disebabkan kekayaan hasil bumi yang ada padanya.

jepun

Disebabkan kelekaan daripada tentera British akhirnya Jepun berjaya merampas Tanah Melayu selama 3 tahun 8 bulan dan memerintah Kedah selama 19 bulan. Dalam jangka waktu pemerintahan Jepun, banyak perubahan yang ingin dilakukannya dan yang paling ketara ialah dari segi kebudayaan yang kononnya dianggap dinamik, anti-Barat dan pro-Asia. Jepun membawa bersama slogan “Asia untuk Asia” dan berharap agar orang-orang di Asia Tenggara dapat menyertai mereka dalam usaha menghapuskan kebudayaan Barat yang sudah lama bertapak di Nusantara, untuk makluman pembaca setia orangkedah.com.

buruh paksa

Namun, usaha Jepun dianggap tidak berhasil dan tersilap langkah kerana rakyat di Malaya amat berpegang teguh dengan kebudayaan yang telah lama diamalkan oleh masyarakat Melaya dan kebudayaan yang dibawa oleh Jepun dirasakan tidak sesuai sama sekali. Adat-adat yang ingin diperkenalkan adalah seperti adat resam Busido. Adat ini merupakan adat Samurai yang diadakan pada zaman pemerintahan Dinasti Tokugawa sekitar abad ke-17. Menurut ajaran ini seseorang Samurai perlu mengorbankan dirinya untuk negara jika gagal dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberikan oleh negaranya.

askar

Maka upacara Harakiri patut dijalanankan iaitu menikam perutnya sendiri atau dalam erti kata lain membunuh diri. Kematian tersebut akan diberi penghormatan oleh negara daripada menjadi aib golongan Samurai apabila terkorban ditangan orang lain. Keadaan ini bertentangan dengan ajaran agama Islam yang diamalkan oleh penduduk di Tanah Melayu. Ajaran Islam melarang sama sekali jika seseorang itu membunuh diri tetapi apabila ianya mati dalam peperangan seseorang itu dianggap sebagai syahid.

kejam

Selain itu, Jepun turut memaksa penduduk Tanah Melayu untuk memberi penghormatan kepada Maharaja Jepun dengan menyembahnya ke arah matahari terbit. Sungguh ajaran ini amat bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Melayu yang beragama Islam. Sebelum Tanah Melayu diambil alih oleh Jepun, kata-katanya seperti lembut gigi daripada lidah apabila mendakwa mereka mempunyai peribadi yang lemah lembut, bersopan santun dan tidak mementingkan diri sendiri.

kekejaman jepun

Sebaliknya berlaku apabila pihak Jepun memerintah Tanah Melayu iaitu mereka bersikap agresif, kejam, egoistic, dan tidak berperikemanusiaan. Mereka menyergah penduduk Tanah Melayu dengan sesuka hati, memaksa orang Melayu naik pokok kelapa dengan benet terhunus dibuntutnya, melakukan upah tambang pergi dan balik serta mamaksa orang Melayu meminum air bertimba-timba. Perbuatan ini sangat dibenci oleh masyarakat Melayu serta menimbulkan kemarahan penduduk. Undang-Undang Jepun yang diperkenalkan sudah cukup mencabar rakyat di Malaya dan hal ini menyebabkan pemerintahan Jepun di Tanah Melayu tidak kekal lama.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.