Kenali Anak Sultan Kedah, Tunku Intan Shafinaz

Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah, Brigader Jeneral Tunku Puteri Intan Shafinaz Binti Sultan Abdul Halim ialah nama gelaran bagi Tunku Intan Shafinaz.Beliau dilahirkan pada 22 julai 1966 di Alor Star, Kedah dan kini telah berusia 51 tahun. Merupakan anak kandung kepada Al-Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah bersama dengan Sultanah Hajah Bahiyah, untuk makluman pembaca setia orangkedah.com.

shafinaz

Tunku Intan Shafinaz menerima pendidikan awal di Kolej Tunku Kursiah (KTJ) dan meneruskan pengajian dalam bidang politik di Chethelmen Ladies College, England.Jika dilihat wajah Yang Teramat Mulia Tunku Intan Shafinaz saling tak tumpah dengan Almarhummah Bondanya iaitu Kebawah Duli yang Maha Mulia Tunku Sultanah Bahiyah Bt Almarhum Tuanku Abdul Rahman.Tuanku Puteri mewarisi kecantikan dan keayuan wajah Almarhumah Bondanya serta mempunyai sifat merendah diri yang sangat tinggi di dalam dirinya.Baginda dihormati dan disegani oleh penduduk di Kedah.

Salah satu sikap Tunku Puteri yang disukai oleh masyarakat ialah sikap tidak meninggi diri.Tunku puteri juga tidak lokek dengan senyuman setiap kali bertemu dengan masyarakat di situ.Tunku Puteri juga gemar melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti bermain paintball, memanjat gunung, berkayak dan yang paling dibanggakan ialah Tunku Puteri turut menyertai Askar Wataniah sehingga dilantik sebagai Brigader Jeneral.Bukan mudah untuk berada di dalam Askar Wataniah, tambahan pula Tunku Puteri adalah seorang puteri raja. Namun Tunku berjaya mengharungi segala jerih perit yang berlaku sepanjang terlibat dengan Askar wataniah. Ini merupakan satu kebanggaan dalam kerabat diraja.

tuanku intan

Tunku Puteri telah menubuhkan Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) dan telah dilantik menjadi seorang pemegang amanah seumur hidup.Tunku Puteri juga turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah.Tunku Puteri menamakan yayasan ini sempena nama Almarhumah Bondanya iaitu Alamarhumah Tunku Bahiyah Bt Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang telah mangkat pada 26 Ogos 2003 pada pukul 12.23 tengah hari di Istana Kuala Cegar, Anak bukit setelah gering sejak seminggu.Ketika itu baginda telah berusia 73 tahun.Baginda dikatakan mangkat dua hari selepas ualang tahun kelahiran baginda iaitu pada 24 Ogos 1930.

Tunku Intan Shafinaz meneruskan legasi Almarhumah Bondanya apabila dilantik serentak menjadi Pro Canselor di dua buah Universiti awan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).Pelantikan ini disebabkan oleh keyakinan terhadap kebolehan Tunku Puteri yang telah berkhidmat dalam Askar Wataniah sebelum ini dan membolehkan baginda memberi sumbangan terutamanya dalam bidang pertahanan negara.Selain itu, Tunku Puteri Intan Shafinaz juga telah dilantik menjadi Felo Diraja Institusi Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari).

pertabalan

Baginda juga telah dilantik menjadi Ahli Jamaah Pemangku Sultan pada 13 Disember 2011.Pelantikan ini adalah seperti yang termaktub dalam undang-undang majlis Mengangkat Raja kerana Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah iaitu Tunku Abdul Malik Ibni Sultan Badlishah sudah uzur dan tidak mampu untuk menjalankan tugas sebagai Pemangku Raja.Pelbagai sumbangan telah diberikan oleh beliau untuk mengharumkan nama negeri Kedah. Jasa Tunku Puteri sangat besar dan harus dipuji serta dihargai.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.