Kenali Menteri Besar Pertama Di Kedah

Nama Menteri Besar Pertama di negeri Kedah ialah Sir Dato’ Haji Mohamad Sheriff Bin Osman. Beliau dilahirkan di Seberang Sungai Raja, Alor Setar Kedah pada 5 Ogos 1890 dan telah mendapat pendidikan sehingga darjah 7 di Penang Free School. Pada awal pembabitannya dalam dunia politik beliau pernah dilantik menjadi Penolong Setiausaha Majlis Negeri Kedah, Penterjemah di Pejabat Penasihat Inggeris Alor Setar (1907), Kepala Pekerjaan Tanah (1912), Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (1915) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (1931-1948).

sheriff

Selepas itu beliau telah dilantik menjadi Menteri Besar Kedah yang pertama iaitu sekitar tahun 1948 sehingga tahun 1954. Sheriff hanyalah daripada golongan kebanyakkan tetapi beliau sangat cemerlang dalam pentadbirannya walaupun dikelilingi oleh golongan-golongan Tunku, Syed, Wan dan seangkatan dengannya. Pelbagai penghargaan yang telah diterima olehnya di atas sumbangan dan bakti yang telah dilakukan. Antaranya ialah Pingat Perkhidmatan Lama Kedah oleh KDYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, K.B.E dan C.M.G daripda Raja British di London dan Darjah Kebesaran Merit Kedah (K.O.M) oleh KDYMM Almarhum Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid.

Sepanjang beliau menjadi Menteri Besar Kedah beliau merupakan seorang yang berpesonaliti mulia dan berhemah tinggi. Kehidupannya yang serba kekurangan telah mengajar beliau bagaimana cara untuk hidup berdikari. Selam hampir 23 tahun berkhidmat dengan kerajaan, beliau akhirnya telah diberi kepercayaan untuk menerajui Negeri Kedah. Setelah menghadapi pelbagai halangan semasa perlantikan beliau, namun akhirnya pada tahun 1948 beliau telah berjaya dilantik menjadi Menteri Besar yang mana jawatan tersebut merupakan jawatan yang baru diwujudkan pada tahun 1930-an.

Pergerakan politiknya adalah dengan cara menggunakan peranan pelbagai pihak yang mempunyai kuasa dalam pemerintahan. Misalnya, beliau pernah menggunakan peranan Sultan sebagai pelindung kepada aktiviti politiknya. Selain itu, Sheriff turut mengemaskinikan bidang pentadbiran negeri dengan Dasar Pelajaran yang diperkenalkannya pada tahun 1930-an. Beliau juga memperjuangkan nasib rakyat melalui dasar-dasar kerajaan yang disusun olehnya sendiri bagi memperbaiki taraf sosio ekonomi rakyat di Kedah.

sekolah

Menurut penduduk di negeri Kedah pada waktu itu, beliau merupakan seorang yang tidak banyak cakap, tidak banyak bergaul dengan sesama pegawai kerajaan bahkan dengan adik beradiknya sendiri. Disebabkan itulah beliau begitu disegani dan ditakuti oleh orang ramai. Walaupun pelajarannya setakat darjah 7 sahaja namun kebolehannya amat luar biasa kerana beliau dikatakan belajar sendiri dengan cara membaca buku-buku bahasa Inggeris yang akan digunakan dalam pertuturan surat menyurat. Beliau kembali ke rahmatullah pada 27 September 1962 iaitu sewaktu berusia 72 tahun dan disemadikan di Perkuburan Akar Peluru Alor Setar ataupun dikenali sebagai Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Ghufran.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.