Kenali Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukanlah nama asing bagi masyarakat kita. Beliau merupakan perjuangan sejarah poitik tanah air kita. Beliau yang mempunyai darah keturunan raja merupakan seorang Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan juga telah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Kepimpinan beliau dikatakan amat terserlah sama ada sebagai Yang Dipertuan Agong UMNO ataupun sebagai seorang pemimpin negara yang berwibawa serta berkobolehan dalam mentadbir negaranya.

istana

Tunku Abdul Rahman dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar Kedah yang dikenali sebagai Istana Pelamin. Tunku merupakan anak lelaki ketujuh dan anak ke-20 kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah iaitu Sultan Kedah yang ke-24. Semasa kecil Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak kampung. Tunku juga biasa mengendap burung dan melastik serta bermain lumpur sehinggakan pernah menghidapi penyakit puru di kakinya.

Tunku mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar pada tahun 1909. Kemudian Tunku berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Sewaktu Tunku berumur 10 tahun, Tunku telah dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid iaitu abang sulungnya di Sekolah Thebsirintrawat. Pada tahun 1915, Tunku pulang ke Tanah air dan meneruskan pendidikannya di Penang Freaa School.

school

Pakaian yang digayakan oleh Tunku agak kebaratan sedikit. Semasa berada di England untuk meneruskan pendidikannya Tunku mengambil jurusan undang-undang tetapi kemudiannya telah bertukar kepada jurusan sastera. Dikatakan semasa Tunku berada di sana beliau suka bersiar-siar dengan membawa motosikal Riley Sport dan kereta mewah. Pada mulanya Tunku tidakdapat menduduki peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera keran terlupa akan jadualnya tetapi dengan bantuan dan kerjasama daripada rakannya, akhirnya beliau berjaya memperoleh ijazahnya pada tahun 1925.

Pada tahun 1927, Tunku sekali lagi dihantar ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. Setelah Tunku pulang dari England, Tunku bertugas sebagai Pegawai latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931 dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun berikutnya. Begitulah serba sedikit mengenai latar belakang Tunku Abdul Rahman. Tunku dikatakan seorang yang sangat aktif dan tegas.

kemerdekaan

Peranan Tunku Abdul Rahman dalam usaha mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu amatlah penting. Sebagai seorang yang memegang jawatan sebagai Ketua Menteri beliau bertanggungjawab untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajah pada tahun 1957. Pada tahun 1963 beliau juga berperanan penting dalam membentuk Persekutuan Malaysia. Selain itu, Tunku Abdul Rahman juga dikatakan telah berjaya membawa negara kita ke ambang kemerdekaan melalui perundingan tanpa menumpahkan darah pun. Kewibawaan Tunku dalam usaha menyatupadukan penduduk di Tanah Melayu yang mempunyai tiga jenis kaum iaitu Melayu, Cina dan India telah meyakinkan pihak penjajahBritish untuk memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

tunku

Kejayaan tersebut telah mengangkat nama Tunku sebagai seorang pemimpin yang unggul dan tersohor. Tunku juga telah diberi gelaran sebagai Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia. Imej Tunku juga telah dikenali umum dalam kalangan rakyat Malaysia.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.