Kepala Pahlawan Kedah Tunku Kudin Diletakkan Di Atas Talam Tembaga, Dipersembahkan Kepada Raja Thai

Tunku Kudin sebenarnya ialah Syed Zainal Abidin yang merupakan anak saudara Sultan Ahmad Tajuddin. Beliau merupakan anak kepada seorang Arab yang berbangsa Saiyid dari Palembang dan mempunyai pertalian darah dengan keluarga diraja Kedah. Cerita bermula apabila Tunku Kudin telah dipujuk supaya memimpin satu angkatan perang menentang angkatan Thai semasa perang Musuh Bisik yang meletus sejak tahun 1821.

tungku

Namun, tidak beberapa lama kemudian berita mengenai Tunku Kudin mula diketahui oleh orang-orang Thai. Mereka yang mnguasai Kota Kuala Kedah pada masa itu mengetahui akan sifat-sifat kepimpinan yang dimiliki oleh Tunku Kudin. Oleh itu, orang-orang Thai telah mengupah beberapa orang jahat untuk membunuh Tunku Kudin. Usaha ini tidak berhasil apabila para penduduk berpakat dan telah berjaya mengusir orang-orang upahan Thai demi menyelamatkan Tunku Kudin. tidak terhenti di situ sahaja apabila orang-orang upahan Thai berjaya memasang sebiji letupan di rumah Tunku Kudin. Kejadian tersebut berlaku pada pukul 3 pagi dan menyebabkan Tunku Kudin dijilat api sehingga melecur sebelah tubuhnya. Dendam dan keazaman Tunku Kudin semakin kuat untuk menentang kekejaman Thai apabila isteri dan anak-anaknya telah meninggal dunia akibat letupan tersebut.

Orang-orang Melayu di Seberang Perai berkumpul untuk memberi sokongan kepada Tunku Kudin untuk melepaskan kampung halaman di Kedah dari cengkaman Thai. Segala perseiapan telah lengkap dan tersedia ada untuk menentang tentera Thai. Serangan Tunku Kudin terhadap Kota Kuala Kedah menemui hasil apabila mereka berjaya mematahkan pertahanan Thai di Kota Kuala Kedah. Tunku Kudin berjaya menduduki Kota Kuala Kedah pada 24 April 1831.

meriam

Kejayaan Tunku Kudin menawan kembali Kota Kuala Kedah mengejutkan pihak Inggeris kerana dikatakan dalam perjanjian Inggeris dengan Bangkok, Sultan Kedah atau rakyatnya ditegah daripada mengganggu pemerintahan Thai di KedahBagi membuktikan bahawa mereka tidak menipu, pihak Inggeris telah menghantar bantuan kepada tentera Thai. Manakala bantuan yang mulanya mencurah-curah terhadap Tunku Kudin di Kuala Kedah telah terhenti dengan tiba-tiba. Dalam satu pertempuran sengit antara angkatan laut Kedah dan angkatan laut bangsa Thai telah menewaskan tentera Thai. Namun, tiba-tiba ‘Wolfe’ milik Inggeris telah tiba dan merejamkan pelurunya mengenai perahu-perahu orang Melayu sehingga licin.

Melihat akan kejadian itu, angkatan Melayu yang diketuai oleh Tunku Sulaiman di Kuala Perai telah bersiap sedia dengan tiga ribu orang untuk berlayar ke Kuala Kedah membantu Tunku Kudin. Namun, angkatan mereka ditahan dan dihalau balik oleh tentera Inggeris. Kumpulan Tunku Kudin hanya berbaki 30 orang sahaja lagi tetapi semangat mereka tetap membara untuk mati syahid demi keluhuran kota tersebut. Dikatakan meriam-meriam seperti ‘Katak Puru’ dan ‘Badak Berendam’ telah berdentum dengan sendirinya kerana tidak cukup kakitangan untuk mengawasinya.

Akhirnya Tunku Kudin terjatuh dengan tangan terkapai-kapai memanggil seorang panglima yang paling rapat dengannya. Mereka berpelukan dan mengucap dua kalimah syahadah kemudian Tunku Kudin menghunuskan keris pendeknya terhadap panglima tersebut lantas panglima itu pun membalasnya. Masing-masing menggelupur sehingga sejuk dan kaku dan begitulah perjuangan dan kesetiaan mereka yang lebih rela mati ditangan bangsa sendiri daripada dibunuh oleh bangsa Thai. Angakatan tentera Thai menembusi kota tersebut dan membunuh pahlawan-pahlawan yang masih hidup.

makam

Kepala Tunku Kudin telah dipenggal dan dibawa ke Legor dengan gajah. Kepala Tunku Kudin telah diletakkan di atas talam tembaga yang berkaki, beralas dan berenda, kemudian ditatang oleh panglima perang bangsa Thai yang paling tua dan menyembahkannya kepada Raja Legor. Baginda sangat ingin melihat pahlawan Melayu yang begiu handal dan gagah serta dikagumi oleh orang-orang Thai. Raja Legor memandangnya tidak berkelip dan baginda terpesona dengan janggut dan jambang serta rambut yang menjejak tengkok di kepala yang tidak berbadan. Baginda bertanya dimanakah badannya? Jawab Panglima Perang Thai bahawa hati Tunku Kudin sudah dimakan orang.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.