Keunikan Rasa Nasi Kandar Yasmeen, di Jitra Kedah

Nasi Kandar merupakan makanan yang amat digemari di negeri-negeri sebelah utara. Salah satu Nasi Kandar yang popular ialah Nasi Kandar Yasmeen. Nasi Kandar ini terdapat di beberapa buah cawangan di Kedah. Antaranya ialah di Jitra, Kedah. Lokasi Nasi Kandar ini beralamat di No.21 Jalan Kepala Batas, Bandar Darul Aman Jaya, 06000 Jitra Kedah. Kawasan yang berhampiran dengan Restoran ini ialah Restoran Nasi Arab Wadi Sinai yang juga turut terkenal di negeri Kedah.

nasi kandar

Pada asalnya Nasi Kandar ini berasal dari Pulau Pinang. Nasi Kandar dihidangkan bersama daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Turut juga disediakan hidangan bersayur iaitu seperti terung, bendi atau peria. Perkataan Nasi kandar berlaku apabila penjaja nasi menjinjing (mengandar) tiang yang menggantung dua bekas nasi. Nama itu akhirnya kekal sehingga hari ini dan terdapat kebanyakan restoran Tamil Islam atau lebih dikenali dengan nama mamak dan gerai hidangan India Muslim.

Pengunjung yang datang ke Restoran Nasi Kandar Yasmeen ini rata-ratanya memuji tahap kebersihan dan persekitaran di situ. Bagi pengurus di Restoran ini beliau amat menitikberatkan soal kebersihan. Para pekerja diwajibkan untuk memakai sarung tangan dan mencuci di setiap kawasan tersebut setiap kali habis waktu bekerja. Segala sampah sarap harus dibuang apabila sudah penuh supaya tidak dipenuhi lalat. Pengurus juga akan memeriksa dan memastikan restoran tersebut bersih daripada sebarang sampah sarap sebelum ditutup.

persekitaran restoran

Harga untuk setiap lauk yang diambil sangat berpatutan dan murah. Harga ini sesuai bagi mereka yang mahu berjimat tetapi kenyang dan berpuas hati. Rata-rata pengunjung dari luar mahupun dalam negara memuji keenakan rasa Nasi Kandar Yasmeen ini dengan harga yang sangat berpatutan. Untuk set makanan bagi enam orang makan hanya RM50 sahaja. Oleh itu, bagi sesiapa yang mahukan Nasi Kandar yang sedap dan murah, bolehlah datang ke kawasan Jitra ini. Selain rasanya yang enak, anda juga berpeluang mengunjungi kawasan yang menarik di Jitra, Kedah.

Restoran Nasi Kandar Yasmeen ini beroperasi daripada pagi sampai ke malam. Biasanya restoran ini akan dipenuhi oleh orang ramai pada sebelah siang. Mereka memilih restoran ini kerana cepat dan yang paling penting para pekerja di sini sangat mesra pelanggan. Mereka akan mengalu-alukan kedatangan para pengunjung walaupun terpaksa melayani ramai pelanggan. Keadaan ini kerana mereka sudah diajar oleh pengurus Nasi Kandar Yasmeen dan merupakan etika dalam bekerja..

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.