Koleksi Kenderaan Zaman Dahulu Kala Di Kedah

Sebelum kedatangan kenderaan bermotor, jalan-jalan di negara kita hanyalah lorong-lorong kecil dan denai-denai. Berikut merupakan beberapa buah kenderaan yang digunakan di Kedah pada zaman dahulu kala.

anok

anok 1

1. Anok

Anok merupakan salah satu alat yang digunakan untuk mengangkut guni padi. Lakaran gambar menunjukkan bagaimana anok diikat pada lembu dan kemudian diletakkan guni padi. Kekuatan lembu inilah digunakan oleh para petani untuk mengangkut guni padi dengan menggunakan anok.

kereta kerbau

2. Kereta Kerbau Dan Kereta Lembu

Kereta kerbau yang digunakan di sekitar tahun 1940-an untuk mengangkut guni padi oleh para petani. Perubahan terus berlaku apabila manusia membuat perubahan yang paling nyata apabila menggabungkan haiwan peliharaan seperti kuda, lembu, dan gajah pada sebuah kerangka seperti kereta lembu yang mempunyai tayar yang dikenali sebagai kereta lembu. Kereta lembu dikatakan sebagai pelopor kepada kenderaab masa kini.

Kereta lembu merupakan warisan pengangkutan tradisional yang menjadi lambang kemegahan. Pada zaman dahulu, muatan akan diisi pada waktu petang dan perjalanan bermula pada waktu subuh. Lembu yang sihat dan kuat akan menarik muatan yang penuh sejauh 8 km dalam masa satu setengah jam.

kereta kuda

3. Kereta Kuda

Kereta kuda ini telah digunakan pertama kali oleh seorang Cina Melaka pada tahun 1910. Kenderaan ini telah digunakan untuk membawa penumpang dengan menggunakan tambang lima sen sebatu (1.6km) hingga tahun 1955. Kereta kuda hanya mampu dimiliki oleh orang Inggeris pada masa dahulu di Tanah Melayu.

lanca

4. Lanca

Lanca biasanya digunakan oleh golongan hartawan seperti golongan istana. Lanca ini akan ditarik oleh seseorang yang gagah dan kuat. Hanya seorang penumpang sahaja yang boleh dinaiki dengan ditarik oleh seseorang yang gagah untuk bersiar-siar atau membeli belah.

beca

5. Beca Beroda Tiga

Pada zaman dahulu, beca merupakan kenderaan kecil yang sangat popular. Beca roda tiga mempunyai kusyen yang diperbuat daripada sabut kelapa dan dilengkapi dengan penyandar. Beca digunakan untuk membawa dua penumpang dewasa dan seorang atau dua orang kanak-kanak. Bumbungnya diperbuat daripada kanvas yang boleh dibuka atau ditutup mengikut keperluan. Beca masih lagi digunakan di sekitar bandar Alor Setar untuk jarak terdekat 3km dan hanya trdapat sebilangan kecil sahaja pengguna yang masih menggunakannya sekarang itupun hanya untuk tujuan tertentu sahaja.

Gherek Tua

6. Gherek Tua

Gherek Tua atau lebih dikenali sekarang sebagai basikal telah digunakan sekitar tahun 1960an. Basikal adalah ciptaan untuk pengangkutan mekanikal yang paling berkesan. Kenderaan ini tidak perlu diisi minyak dan mudah ditanggung.

rolls-royce

7. Rolls-Royce

Rolls-Royce adalah sebuah motokar pertama yang dikeluarkan oleh Britain pada tahun 1909. Kereta ini mempunyai rekabentuk yang panjang dan mampat. Kereta ini pernah digunakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Al-Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang Pertama. Kereta ini juga digunakan sebagai kereta khas untuk membawa Duta-Duta dan Pesuruhjaya Tinggi Asing ke Istana Negara untuk menyerahkan surat tauliah mereka kepada Seri Paduka Baginda yang Dipertuan Agong sebelum diserahkan kepada Muzium Negara oleh Jabatan Kerja Raya.

kereta bomba

8. Kereta Bomba Kedah K 6254

Kereta Bomba jenis ini telah digunakan pada tahun 1930an oleh Pekhidmatan Bomba Kedah dan telah diserahkan kepada Muzium Negeri Kedah oleh Jabatan Bomba Kedah.

honda c70

lambretta

9. Honda C70 Dan Lambretta

Motosikal jenis Honda C70 masih lagi digunakan oleh pemiliknya yang dikeluarkan sekitar tahun 1960-an. Manakala Lambretta pula digunakan pada sekitar tahun 1960an yang agak popular dalam kalangan muda-mudi pada zaman tersebut.

DC2

10. Kapal Terbang

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar Kedah berada di di tengah-tengah sawah di Kepala Batas iaitu 14km dari pusat bandar dalam tahun 1927 oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah. Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim membolehkan kapal-kapal terbang jenis DC2 dan lain-lain pesawat besar singgah di sini dan kerajaan telah menambak serta menurap dengan aspal satu landasan selebar 60 kaki dan panjang 90 ela dalam tahun 1935. Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, Royal air Force (RAF) telah menyerahkan lapangan terbang Alor Setar kepada kerajaan Malaysia. Selepas itu kapal terbang Malaysia Airways (MSA) membuat penerbangan di lapangan terbang Sultan Abdul Halim.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.